Jadual Pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Isi Rumah & Bujang Tahun 2022



Tujuan utama Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) ini ditubuhkan adalah untuk meringankan kos sara hidup serta beban yang dihadapi oleh rakyat yang berpendapatan rendah. Bantuan ini merupakan bantuan tunai yang lebih tertumpu kepada golongan yang memerlukan.

Pembayaran bagi bantuan ini terbahagi kepada 4 fasa pada bulan yang berbeza. Ianya pada bulan Mac, Jun, September dan Disember 2022. Info mengenai jadual dan tarikh rasmi pembayaran BKM adalah seperti yang berikut:

JADUAL PEMBAYARAN BKM 2022

Berikut adalah maklumat dan jadual pembayaran. Pembayaran tersebut akan terbahagi kepada 4 fasa:

FASA 1
  • Bujang.
  • Mac 2022.
  • Isi rumah.
  • Warga Emas Bujang / Tiada pasangan.
FASA 2
  • Jun 2022.
  • Isi Rumah.
  • Warga Emas Bujang / Tiada pasangan.
FASA 3
  • Bujang.
  • Isi Rumah.
  • September 2022.
  • Warga Emas Bujang / Tiada pasangan.
FASA 4
  • Isi Rumah.
  • Disember 2022.
  • Warga Emas Bujang / Tiada pasangan.


CARA MEMBUAT PERMOHONAN

Data pemohon BPR 2021, data penerima BPR 2021 dan BKC B40 yang tidak lulus atas alasan menerima GKP akan dibawa secara automatik ke dalam pangkalan data sistem BKM untuk semakan kelayakan.

Namun begitu, pemohon hendaklah membuat permohonan baharu BKM sekiranya tiada rekod di dalam sistem yang sedia ada LHDNM manakala bagi penerima yang sedia ada yang mempunyai sebarang penambahan maklumat, anda hendaklah mengemaskini dalam tempoh yang telah ditetapkan.

Anda boleh melayari laman web BKM di https://bkm.hasil.gov.my/



TARIKH PERMOHONAN / PENGEMASKINIAN BKM

Untuk membuat permohonan baharu dan pengemaskinian maklumat boleh dibuat bermula 1 Januari 2022 - 31 Januari 2022. (Ianya tertakluk kepada pindaan yang dibuat dari semasa ke semasa.)


Post a Comment

0 Comments