SEMAKAN ONLINE
Bantuan Kewangan RM800 Bagi Semua Rakyat Malaysia Bermula Februari 2022
Untuk pengetahuan anda semua, bantuan yang disalurkan ini memfokuskan kepada individu yang mana diberikan notis tanpa gaji, penganggur lebih daripada 60 hari, diberhentikan kerja, pencari kerja daripada golongan terjejas dan suri rumah yang tidak bekerja lebih daripada enam bulan yang terlibat dalam pekerjaan yang tidak terikat dengan waktu-watu bekerja menggunakan Platform Digital yang telah didaftarkan di bawah PERKESO.
Anda seharusnya mengikuti maklumat lengkap yang telah disediakan di bawah ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan dengan permohonan anda yang sekarang.
APAKAH ITU GIG PERKESO?
SIP GIG PERKESO merupakan suatu insentif kewangan yang berjumlah RM600 sehingga RM800 dalam tempoh sebulan bagi tempoh maksimum 6 bulan. Ia adalah untuk pekerja gig yang baharu di bawah Bajet 2022.
OBJEKTIF GIG PERKESO
- Menggalakkan individu yang menganggur atau para pencari kerja untuk mengambil peluang pekerjaan merentasi pekerjaan tidak formal atau kerjaya ekonomi gig melalui platform digital.
- Memberi peluang kepada individu yang tidak bekerja atau yang menganggur untuk melaksanakan pekerjaan secara jangka masa pendek.
INDIVIDU YANG LAYAK MEMOHON
- Individu/Graduan yang menganggur melebihi 60 hari.
- Semua pekerja untuk program ini mesti berumur 18-60 tahun pada tahun 2022.
- Pencari kerja daripada golongan terjejas seperti OKU, bekas banduan dan lain-lain.
- Individu yang telah diberikan notis cuti tanpa gaji (minimum sebulan) atau yang diberhentikan kerja.
- Semua pekerja untuk program ini mesti membuat pendaftaran mulai 1 Januari 2022 di platform digital yang berdaftar dengan PERKESO.
- Suri rumah yang tidak bekerja lebih daripada 6 bulan dan pendapatan isi rumah kurang daripada RM2,208 selaras dengan had Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) terkini.
INDIVIDU YANG TIDAK LAYAK UNTUK MEMOHON
- Individu yang aktif bekerja.
- Individu atau pelajar praktikal yang masih belum tamat pengajian.
- Individu yang telah menerima bantuan di bawah Program KerjayaGig.
- Individu yang telah menerima insentif mobiliti di bawah Program Penjana Kerjaya tetapi telah berhenti kerja secara sukarela.
TARIKH PERMOHONAN
Permohonan program SIP GIG PERKESO akan dibuka bermula pada 17 Januari 2022 sehingga 30 Jun 2022.
CARA MEMOHON
Cara memohon program SIP GIG PERKESO 2022 adalah seperti yang berikut:
- Anda hendaklah memuat turun aplikasi PERKESO Prihatin di Google Playstore atau Apple App Store atau melayari https://matrix.perkeso.gov.my/
- Kemudian, anda hendaklah melayari platform digital yang berdaftar dengan PERKESO sahaja.
- Selanjutnya, anda diminta untuk membuat permohonan di Aplikasi PERKESO atau di matrix.perkeso.gov.my.
- Sekiranya permohonan diluluskan, log aktiviti perlu dimuat naik setiap bulan untuk menerima bantuan.
Dokumen sokongan yang diperlukan adalah seperti yang berikut:
MAKLUMAT LANJUT
Untuk info yang lebih terperinci,sila layari www.myfuturejobs.gov.my
atau www.perkeso.gov.my
Post a Comment
0 Comments