SEMAKAN ONLINE
Panduan Keluarkan Duit ASB Secara Online Tahun 2022
Hal ini adalah untuk membendung penularan wabak yang masih lagi berleluasa dalam komuniti di dalam Malaysia. Oleh sebab itu, inisiatif yang diambil oleh pihak kerajaan melalui ASNB ini adalah sangat bertepatan dengan keperluan dan kehendak pengguna.
Buat masa ini, pihak Amanah Saham Nasional Berhad memiliki sepenuhnya portal MyASNB. Untuk pengetahuan anda, MyASNB ini merupakan sebuah platform dalam talian yang mana dapat memudahkan serta selamat untuk digunakan oleh pelanggan ASNB.
Hal ini bertujuan untuk melihat pegangan dan juga pelaksanaan urusniaga yang dijalankan secara atas talian di mana-mana sahaja dan bila-bila masa sahaja.
INFO PENTING TENTANG PENGELUARAN ASB ONLINE
- Boleh keluarkan duit ASNB ini secara percuma tanpa sebarang caj.
- Jumlah transaksi dibenarkan hanyalah sebanyak 3 kali sebulan.
- Had maksimum pengeluaran yang dibenarkan adalam sebanyak RM500 sebulan.
- Semua unit amanah boleh dikeluarkan, kecuali ASN Equity 5 dan ASN Sara 2.
- Jumlah minimum untuk sekali pengeluaran adalah sebanyak RM100.
- Pemegang unit ASNB dibenarkan untuk mengeluarkan duit ASB ini dari akaun sendiri secara atas talian/online bermula pada 20 April 2020.
- Berikut adalah merupakan akaun unit amanah ASNB seperti Amanah Sahan Bumiputera, Amanah Sahan Nasional, Amanah Saham Wawasan 2020 dan lain-lain lagi.
CARA KELUAR DUIT ASB
1. Secara Online
Cara untuk cash-out duit ASNB secara online adalah seperti yang berikut:
- Anda hendaklah log in ke laman web https://www.myasnb.com.my/
- Setelah itu, klik 'Portfolio' dan klik paparan pada 'Transaksi' yang anda kehendaki. Pilih 'Jualan Balik'.
- Anda hendaklah memastikan maklumat bank yang anda masukkan adalah betul dan klik 'Seterusnya'.
- Baca tanda kotak pengisytiharan dan klik 'Seterusnya'.
- Selepas itu, masukkan amaun, tandakan kotak pengisytiharan dan klik 'Seterusnya'.
- Anda dikehendaki untuk menyemak semula butiran bank anda di notifikasi terlebih dahulu dan klik 'Teruskan'.
- Klik paparan 'Permintaan Tac', isikan dan klik 'Seterusnya'.
- Transaksi anda selesai.
2. Melalui Cawangan ASB
Cara untuk keluarkan duit ASNB melalui cawangan ASNB adalah seperti yang berikut:
- Anda diminta untuk hadir ke cawangan ASNB yang berdekatan dengan kediaman anda.
- Bawa kad pengenalan.
- Lengkapkan Borang Jualan Balik (ASNB JB).
- Serahkan Borang Jualan Balik (ASNB JB).
- Borang anda hendaklah disemak dan proses pengeluaran akan dibuat.
- Urusan anda selesai.
3. Melalui Bank (CIMB,RHB,BSN,MAYBANK)
Cara untuk keluarkan duit ASNB melalui bank adalah seperti yang berikut:
- Anda diminta untuk hadir ke ejen ASB di bank. (Contohnya seperti Maybank, CIMB, Affin Bank, BSN, RHB, AmBank, Hong Leong, Alliance Bank.)
- Anad hendaklah membawa kad pengenalan (IC).
- Kemudian, pergi ke kaunter pertanyaan dan meklumkan tujuan anda untuk mengeluarkan duit ASNB.
- Anda akan diberi 'Borang Jualan Balik' (Sila lengkapkan meklumat ASNB anda dan amaun yang diperlukan.)
- Sila tunggu giliran anda dan turunkan pengesahan cap jari anda dan duit ASNB anda akan dimasukkan ke dalam akaun bank yang anda daftarkan. (Contohnya seperti Maybank, CIMB, Affin Bank, BSN, RHB, AmBank, Hong Leong, Alliance Bank.)
4. Melalui Pejabat Pos
Cara untuk keluarkan duit ASNB melalui oejabat pos adalah seperti yang berikut:
- Anda hendaklah menghadirkan diri anda ke pejabat yang berhampiran.
- Sila bawa kad pengenalan anda (IC).
- Setelah itu, pergi ke kaunter pertanyaan dan maklumkan tujuan anda untuk mengeluarkan duit ASNB yang berikut.
- Anda akan diberi 'Borang Jualan Balik' (Sila lengkapkan meklumat ASNB anda dan amaun yang diperlukan.)
- Anda hendaklah menunggu giliran anda dan turunkan pengesahan cap jari. Duit ASNB anda akan diberikan secara tunai.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk meklumat yang lebih terperinci, anda boleh merujuk laman sesawang di www.asnb.com.my atau menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan ASNB di talian 03-7730 8899.
Post a Comment
0 Comments