ISU SEMASA
KWSP Mengumumkan Keuntungan, Para Pencarum Desak Benarkan Pengeluaran i-Citra Sebanyak RM10,000
Bagi suku ketiga bagi tahun 2021 adalah lebih tinggi iaitu mencecah RM48.03 billion. Hal ini menunjukkan bahawa terdapat trend peningkatan sebanyak hampir 7.7 peratus hari ini. Hal ini turut menyebabkan tuntutan tersebut mula memenuhi ruangan komen di media sosial
Isham Jamil selaku Pengarah Barisan Nasional (BN) Selangor, berkata bahawa keberuntungan itu sekaligus meningkat sebanyak lebih kurang RM3.42 billion berbanding sebelum ini.
"Kadar pasaran saham turut menyumbang kepada 54 peratus dalam pulangan pelaburan KWSP pada suku ketiga bagi tahun 2021."
"Pihak KWSP beruntung. Dia main saham. Saham pun dapat menguntungkan KWSP. Lepas ini saya harap bolehlah bantu rakyat yang sedang mengalami kesusahan pula. Jangan terlalu tamak.
Pengeluaran i-Citra hendaklah dibenarkan buat kali terakhir," katanya dalam kenyataan hari ini.
Pengumuman yang telah dilakukan itu sekaligus membuatkan lebih ramai pencarum yang mendesak pihak KWSP untuk membenarkan pengeluaran sebanyak RM10,000 secara one-off.
Hal ini kerana masyarakat pada masa ini adalah sangat memerlukan dalam menempuhi hari-hari mereka.
Jelas Isham lagi, keuntungan yang diraih oleh pihak KWSP terutamanya dalam pelaburan saham sekaligus membawa kepada kemudahan untuk membantu rakyat yang mengalami kesusahan melalui pengeluaran i-Citra.
Post a Comment
0 Comments