SEMAKAN ONLINE
i-Fitri Bantuan Kewangan RM400 Kepada Golongan B40
Bantuan dana raya i-Fitri kepada golongan isi rumah yang mana terjejas dalam kalangan B40 dan sebahagiannya M40 telah diumumkan oleh kerajaan Terengganu. Bantuan ini akan memberikan manfaat kepada 115,000 penerima.
Untuk makluman anda, bantuan ini disalurkan adalah untuk menyokong kewangan ketika merayakan sambutan aidilfitri setelah dua tahun menyambutnya dengan suram dan penuh keterbatasan.
Pada pembentangan Belanjawan Terengganu 2022 baru-baru ini, mereka telah mengumumkan bantuan ini dengan bertemakan 'Merakyatkan Sejahtera Untuk Semua'. Ianya dibentangkan pada Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ke 14 yang dilangsungkan di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu pada 15 November 2022.
KADAR BANTUAN YANG DIBERIKAN
Jumlah bantuan yang disalurkan adalah seperti yang berikut:
- B40 : RM400
- M40 : RM250
CARA UNTUK MEMBUAT PERMOHONAN
Untuk masa ini, tidak ada maklumat yang terperinci berkaitan dengan cara untuk membuat permohonan. Hal ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut menganai bantuan ini, anda boleh merujuk 'Rangkuman Ucapan Belanjawan Terengganu 2022 DI SINI.
Post a Comment
0 Comments