Baca Syarat & Cara Untuk Memohon Bantuan Kewangan RM700 Bagi B40 & Penerima BSH



Pelbagai kemudahan dan bantuan yang telah diperkenalkan khususnya kepada golongan B40. Antaranya ialah Skim Perlindungan Masyarakat MySalam (MySalam) melalui Tabung Amanah mySalam.

Dalam skim ini, terdapat dua manfaat yang akan diterima oleh mereka yang layak dari kalangan B40:
  • Pendapatan elaun gentian hospitalisasi harian sebanyak RM50 sehingga 14 hari atau maksimum RM700 setahun di mana-mana Hospital Kerajaan, Hospital Universiti dan Hospital Tentera.
  • Pembayaran tunai RM8,000 dibayar sekali apabila didiagnosis salah satu daripada 45 penyakit yang kritikal. (senarai – DI SINI)
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

Untuk penerima Bantuan Sara Hidup (BSH), bantuan mySalam ini adalah terbuka kepada anda dengan syarat-syarat yang berikut:
  • Individu bujang berumur antara 40 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun.
  • Individu OKU berumur antara 18 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun.
  • Individu berumur antara 18 hingga 65 tahun.
CARA MENUNTUT MYSALAM

Untuk membuat tuntutan mySalam, ia boleh dibuat dengan cara yang berikut mengikut jenis tuntutan yang dimohon:

Tuntutan Penyakit Kritikal
  • Langkah 1: Anda hendaklah melayari portal mySalam dan log masuk dengan menggunakan No. Kad pengenalan dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan).
  • Langkah 2: Kemudian, klik 'Muat turun Borang' dan muat turun borang 'Penyakit Kritikal - Kenyataan Doktor', berdasarkan jenis penyakit kritikal.
  • Langkah 3: Selanjutnya, dapatkan doktor atau pakar yang merawat anda untuk melengkapkan borang 'Penyakit Kritikal  - Kenyataan Doktor'.
  • Langkah 4: Log masuk ke dalam portal mySalam dan klik ikon 'Tuntutan', kemudian ikon 'Penghantaran Tuntutan'. Skrol ke bawah laman dan klik ikon 'Tuntutan Penyakit Kritikal'.
  • Langkah 5: Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang 'Muat Naik' untuk memuat naik berikut dalam format *.pdf atau *.jpeg
Salinan dokumen pengenalan, contoh: Kad Pengenalan (depan dan belakang)
Borang Penyakit Kritikal - Kenyataan Doktor

  • Langkah 6: Klik butang 'Hantar' untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.
Tuntutan Hospitalisasi
  • Langkah 1: Layari portal mySalam dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan.)
  • Langkah 2: Kemudian klik ikon 'Tuntutan' dan 'Penghantaran Tuntutan'. Skrol ke bawah laman dan klik ikon 'Tuntutan Hospitalisasi'.
  • Langkah 3: Selanjutnya masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang 'Muat Naik' untuk memuat naik berikut dalam format *.pdf atau *.jpeg
Salinan Nota Discaj
Salinan dokumen pengenalan, contoh Kad Pengenalan (depan dan belakang).

  • Langkah 4: Klik butang 'Hantar' untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.
SEMAKAN KELAYAKAN 

Kepada mereka yang hendak membuat semakan kelayakan mySalam, ianya dapat dibuat secara online atau atas talian - DI SINI dengan cara mengisi nombor Kad Pengenalan dan klik pada butang 'Semak'.

Untuk maklumat yang lebih lanjut berkaitan dengan skim ini, anda boleh merujuk - DI SINI.

Post a Comment

0 Comments