SEMAKAN ONLINE
Panduan Memohon Bantuan RM350 Golongan Bujang Seluruh Malaysia 2021
Ada berita baik untuk seluruh golongan bujang dalam negara kita! Terdapat Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang berupa wang tunai tertumpu kepada golongan yang memerlukan. Bantuan ini adalah bertujuan untuk meringankan kos sara hidup dan beban yang dipikul oleh rakyat berpendapatan rendah.
Berikut telah kami kongsikan kepada anda semua berkaitan dengan jumlah Bantuan BKM yang akan diterima oleh golongan bujang dalam negara kita.
KADAR BANTUAN
Untuk makluman anda semua, jumlah yang akan diberikan kepada golongan bujang yang berpendapatan RM2,500 dan ke bawah adalah seperti yang berikut:
- RM350
SYARAT KELAYAKAN
Syarat kelayakan yang perlu dipatuhi untuk penerima BKM golongan bujang adalah seperti yang tertera:
- Had umur adalah 21-59 tahun.
- Pendapatan bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
- Mestilah merupakan seorang bujang atau ibu bapa tunggal/balu/duda/janda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat-syarakat kelayakan.
TARIKH PEMBAYARAN
Untuk makluman anda, masih belum ada tarikh terperinci yang ditetapkan bagi pembayaran BKM Bujang ini akan dilaksanakan. Kelak kami akan kongsikan tarikh berkaitan dengan pembayaran dari semasa ke semasa.
CARA UNTUK MEMOHON
Data penerima BKC B40, BPR 2021 dan data pemohon BPR 2021 yang tidak lulus atas alasan menerima GKP akan dibawa secara automatik ke dalam sistem BKM untuk semakan kelayakan.
Namun begitu, pemohon perlulah membuat permohonan yang baharu jika mereka tidak mempunyai rekod dalam pangkalan data yang sedia ada dalam senarai LHDNM. Bagi penerima yang mempunyai sebarang perubahan malumat peribadi dalam pangkalan data, anda hendaklah mengemaskininya terlebih dahulu dalam tempoh yang telah ditetapkan.
TARIKH PERMOHONAN / PENGEMASKINIAN BKM
Untuk pengetahuan anda semua, pengemaskinian maklumat dan permohonan baharu boleh dibuat bermula 1 Januari 2022 - 31 Januari 2022 mengikut pindaan dari semasa ke semasa.
MAKLUMAT LANJUT
Anda boleh melayari laman web Kementerian Kewangan Malaysia bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan dengan pembentangan Bajet 2022.
Post a Comment
0 Comments