Bantuan RM500 Kepada Individu Diberikan Secara One-Off




Pada 26 Oktober yang lalu, Bantuan Kehilangan Pendapatan atau dikenali sebagai BKP telah mula untuk dikreditkan kepada para pemohon yang telah membuat permohonan.

Terdapat dua cara yang digunakan dalam menyalurkan bantuan ini. Ianya seperti yang berikut:
  1. secara terus ke akaun bank.
  2. secara tunai melalui kaunter BSN yang berdekatan.
Berikut merupakan perkongsian kami kepada anda tentang cara untuk menebus bayaran bantuan melalui kaunter-kaunter BSN yang berdekatan dengan rumah anda.

APAKAH ITU BANTUAN KEHILANGAN PENDAPATAN (BKP)?

Bantuan ini diwujudkan khas untuk seluruh rakyat Malaysia yang telah kehilangan pekerjaan dan kehilangan sumber pendapatan sepanjang tempoh pandemik COVID-19 ini.

Ia bertujuan untuk meringankan beban rakyat yang kehilangan sumber pendapatan disebabkan pembuangan daripada kerja yang yang dilakukan oleh para majikan dek kerana krisis ekonomi yang menimpa.

JUMLAH BANTUAN BKP
  • Pembayaran akan dilakukan secara one-off.
  • Setiap seorang yang layak akan menerima RM500.
CARA UNTUK MEMBUAT SEMAKAN STATUS BKP SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

Anda boleh melakukan semakan status BKP di link yang tertera:
2 KAEDAH PEMBAYARAN YANG ANDA PERLU TAHU

Kaedah Bayaran Tunai
  • Pembayaran akan dilaksanakan secara tunai melalui BSN yang berdekatan dengan tempat tinggal anda. Anda bakal menerima paparan Kaedah Pembayaran 'TUNAI' sekiranya anda telah lengkap membuat semakan BKP.
Kaedah Bayaran Kredit ke Dalam Akaun Bank
  • Pembayaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank yang telah anda daftarkan.
  • Anda boleh membuat semakan di paparan 'Kredit Akaun Bank' pada telefon pintar anda.
CARA MENEBUS RM500 MELALUI KAUNTER BSN
  • Anda perlu membawa kad pengenalan anda ketika hadir ke cawangan BSN.
  • Hanya wakil yang telah didaftarkan sahaja yang boleh mewakilkan penerima untuk membuat sebarang penebusan.
  • Anda hendaklah hadir ke mana-mana kaunter BSN yang berhampiran dengan rumah anda.

Post a Comment

1 Comments