TERKINI! Kerajaan Umum Bantuan RM200 Sebulan, Bantuan Bermula November 2021



Seperti yang kita ketahui, pihak kerajaan amat mengambil berat mengenai masalah yang dihadapi oleh majoriti rakyat Malaysia pada hari ini. Untuk makluman anda semua, pihak kerajaan telah menyediakan pelbagai bantuan seperti bantuan kewangan, bantuan dari segi bakul makanan dan lain-lain lagi kepada golongan b40 yang mana bertujuan untuk meringankan beban yang dipikul oleh rakyat terutamanya pada era penularan wabak pandemik COVID-19 yang melanda negara kita.

Disebabkan itu, sebuah bantuan dalam latihan perantis yang disediakan oleh pihak JKM dan bekerjasama dengan pihak kerajaan. Hal ini bertujuan untuk memberikan kemudahan dan meringankan beban kepada anak-anak melalui bantuan yang disalurkan oleh pihak JKM untuk mendapatkan latihan sambil bekerja ataupun latihan kemahiran.

Pihak JKM memperkenalkan bantuan kewangan ini bertujuan untuk meringankan beban yang dipikul oleh golongan b40 yang kehilangan sumber pendapatan disebabkan oleh pandemik COVID-19. Dalam masa yang sama bantuan ini membantu mereka untuk menempuh hari-hari yang mendatang.

JUMLAH BANTUAN

Untuk pengetahuan anda, golongan b40 yang layak akan menerima jumlah bantuan kewangan sebanyak:
  • RM200 sebulan.
TUJUAN BANTUAN DISALURKAN

Terdapat beberapa tujuan utama bantuan ini disalurkan. Antaranya ialah:
  • Bekas pelatih di institusi kebajikan untuk mendapatkan latihan kemahiran.
  • Membantu klien jabatan ataupun anak-anak yang merupakan penerima bantuan tercicir daripada pendidikan.
SYARAT KELAYAKAN

Syarat kelayakan yang perlu dipatuhi oleh penerima sebelum melakukan permohonan adalah seperti yang berikut:
  • Bekas pelatih perintah khidmat Malaysia.
  • Anak-anak yang menerima bantuan dari institusi kebajikan.
  • Merupakan warganegara Malaysia atau;
  • Mana-mana kes yang berkeperluan yang layak untuk dipertmbangkan dengan mempunyai kelulusan daripada KKM.
CARA-CARA UNTUK MEMOHON 

Sebelum melakukan sebarang permohonan, dokumen yang perlu anda sediakan bagi tujuan memudahkan urusan permohonan adalah seperti yang berikut:
  • Salinan kad pengenalan suami/isteri/anak yang tinggal bersama.
  • Salinan kad pengenalan pemohon.
  • Salinan penyata gaji. (sekiranya ada)
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak serta ahli keluarga yang tinggal bersama.
  • Dokumen lain yang diperlukan.
Borang yang perlu anda lengkapkan adalah seperti yang berikut dan perlu untuk dihantar ke pejabat JKM yang berhampiran dengan tempat tinggal anda.
  • JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan - KLIK DISINI
  • JKM 18 Borang Permohonan Bantuan - KLIK DISINI

Post a Comment

0 Comments