Panduan Memohon Rumah Mesra Rakyat (RMR) Atas Tanah Sendiri & Subsidi Sehingga RM20,000


Sebuah syarikat milik Menteri Kewangan Diperbankkan (MOF Inc.) iaitu Syarikat Perumahan Negara Berhada menawarkan Skim Rumah Mesra Rakyat (RMR).

Sealur dengan Dasar Perumahan Negara, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) meletakkan SPNB di bawah pengurusan mereka untuk menyediakan rumah yang mampu untuk dimiliki dan berkualiti untuk didiami serta mampan kepada setiap keluarga yang terdapat di Malaysia.

RUMAH MESRA RAKYAT (RMR) 

Tujuan RMR ini diwujudkan adalah untuk membantu golongan yang mempunyai pendapatan yang rendah seperti petani, nelayan dan keluarga miskin yang tidak mempunyai tempat tinggal atau menetap di rumah yang usang tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah milik sendiri yang selesa dan sempurna.

Sebanyak RM20,000 bantuan dalam bentuk subsidi pembinaan untuk disalurkan dan pembinaan rumah juga akan mengikut ciri-ciri yang telah ditetapkan seperti di bawah:


HARGA DAN REKA BENTUK RMR

Konsep bagi pembinaannya adalah sama iaitu 1 tingkat dengan 2 bilik air dan 3 bilik tidur namun harga bagi setiap tempat adalah berbeza. Berikut merupakan harga RMR yang telah ditetapkan.

1. Keluasan Rumah 750 KPS (Sabah / Labuan / Sarawak)

  • Harga: RM75,000 - RM106,000
  • Subsidi pembinaan: RM20,000
  • Jumlah Pinjaman: RM55,000 - RM86,500
  • Anggaran Bayaran Bulanan (16 tahun): RM300 - RM470

2. Keluasan Rumah 850 KPS (Pulau di Semenanjung)

  • Harga: RM85,000
  • Subsidi Pembinaan: RM20,000
  • Jumlah Pinjaman: RM65,000
  • Anggaran Bayaran Bulanan (16 tahun): RM350

3. Keluasan Rumah 1,000 KPS (Semenanjung)

  • Harga: RM75,000
  • Subsidi pembinaan: RM20,000
  • Jumlah Pinjaman: RM55,000
  • Anggaran Bayaran Bulanan (16 tahun): RM300

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

Syarat kelayakan untuk membuat sebarang permohonan RMR adalah seperti yang berikut:
  • Pemohon haruslah berumur 18 tahun dan ke atas.
  • Merupakan warganegara Malaysia.
  • Pemohon dan pasangan tidak memiliki sebarang rumah sama ada rumah sendiri atau rumah usang/tidak sempurna.
  • Pendapatan bulanan bagi seisi rumah tidak melebihi RM3,000.
  • Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,600 KPS (mengikut reka bentuk rumah).
  • Tanah/tapak bersesuaian dan bebas daripada bebanan oleh pemohon. Sekiranya pemohon bukan empunya tanah, pemohon seharusnya mendapatkan kebenaran pemilik terlebih dahulu.
CARA UNTUK MEMBUAT PERMOHONAN RMR

Langkah untuk membuat permohonan adalah seperti yang berikut:

Secara Online
  1. Anda hendaklah membuka laman web SPNB di  https://rmr.spnbonline.com.my/.
  2. Kemudian, klik butang Pendaftaran Baru pada paparan skrin dan lengkapkan borang pendaftaran sepenuhnya.
  3. Setelah itu, ID dan Kata Laluan anda akan diberikan.
  4. Log masuk ke SPNB dengan ID dan kata laluan yang diberikan.
  5. Lengkapkan borang yang dikehendaki oleh sistem.
  6. Jika borang telah diisi dengan lengkap, klik Selesai Pendaftaran dan Cetak Borang.
  7. Hantarkan borang beserta dokumen yang diperlukan ke Cawangan SPNB atau Pejabat SPNB yang berdekatan dengan kediaman anda.
Secara Manual
  • Di cawangan SPNB, anda boleh mendapatkan borang pemohonan dan perlu untuk dihantar kembali kepada SPNB selepas permohonan beserta dengan dokumen sokongan dilengkapkan.
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Dokumen yang perlu untuk disertakan bersama dengan borang permohonan RMR adalah seperti yang berikut:
  • Salinan kad pengenalan tuan tanah.
  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (sekiranya berkenaan).
  • Salinan geran hakmilik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang terbaru.
  • Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkaitan).
  • Surat pengesahan/akuan sumpah tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang.
  • Slip gaji terkini (bagi tempoh 3 bulan)/surat pengesahan pendapatan pemohon/pemohon kedua/surat akuan sumpah pendapatan.
  • Salinan sijil nikah pemohon.
  • Surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah.
  • Borang laporan tapak bergambar.
NOTA:

Pihak SPNB berhak untuk mendapatkan sebarang dokumen tambahan tertakluk kepada keperluan.

Semakan Status Kelulusan.

Surat pengesahan pendapatan/memiliki rumah usang/tidak memiliki rumah perlu disahkan melalui Pegawai Profesional Kelas A/Penghulu Ketua Kampung.

Maklum balas terhadap permohonan yang dilakukan akan diberikan dalam tempoh 3 bulan dan kelulusan hanya akan dibuat tertakluk kepada peruntukan kewangan tahunan.

Untuk proses pembinaan rumah, tempoh yang diperuntukkan adalah selama 18 bulan dari tarikh penyerahan tapak perumahan yang kosong dan perjanjian tertakluk kepda terma dan syarat.

TANGGUNGJAWAB PEMOHON

Pemohon Rumah Mesra Rakyat (RMR) bertanggungjawab untuk:
  • Menyediakan jalan masuk ke tapak dan tapak pembinaan mengikut ciri-cirinya.
  • Mengisi dan melengkapkan sepenuhnya borang permohonan.
  • Membuat penyambungan bekalan utama ke bangunan.
  • Membuat pinjaman kepada bank/institusi kewangan sekiranya perlu.
  • Menyediakan sumber bekalan elektrik dan makanan.
MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan yang ingin diajukan dan maklumat yang lebih terperinci mengenai RMR dan SPNB, anda disarankan untuk melayari laman web https://spnb.com.my/rumah-mesra-rakyat/ atau menghubungi:

IBU PEJABAT

Syarikat Perumahan Negara Berhad
Tingkat 8, Wisma Perkeso
Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Telefon: 03-2618 5555 / 03-2618 5556 (Talian Am)
Emel: aduan@spnb.com.m

SENARAI CAWANGAN

Cawangan Melaka
No 76 & 78 Jalan LP 2, Taman Limbongan Permai, 75200 Melaka.
Telefon: 06-3369751 / 06-3369752
Faks: 06-3369753
Emel: spnb_melaka@spnb.com.m

Cawangan Kedah
No. 28 & 29, Jalan UJ 2 Taman Universiti Jaya, Semeling, 08100 Bedong, Kedah
Telefon: 04-4500375 / 04-4500376
Faks: 04-4500379
Emel: spnb_semeling@spnb.com.my

Cawangan Terengganu
No. K-5, Ruang Niaga Semarak Felda, Kompleks Felda Wilayah Terengganu, Mukim Kuala Nerus, 21060 Kuala Terengganu, Terengganu
Telefon: 09-6660010 / 09-6660054
Faks: 09-6627312
Emel: spnb_kualaterangganu@spnb.com.my

Cawangan Negeri Sembilan
No 24, Jalan Pusat Komersial Saujana 1, Pusat Komersial Saujana, Seremban 2 Height, 70300
Seremban, Negeri Sembilan
Telefon: 06-601 4498 / 06-6-1 4350
Faks: 06-601 3507

Cawangan Perak
No.9 & 9A, Jalan Meru Bestari A6, Medan Meru Bestari, Bandar Meru Raya, 30200 Ipoh, Perak.
Tel: 05-5264188 / 05-5263876
Faks: 05-5264319
E-mail: spnb_ipoh@spnb.com.my

Cawangan Johor
Lot 6 & 7, Tingkat 13, Menara Tabung Haji, Jalan Ayer Molek, 80000 Johor Bahru, Johor.
Tel: 07-2259900 / 07-2259911
Faks: 07-2223233
E-mail: spnb_plentong@spnb.com.my

Cawangan Pahang
A-53 – G & 1, Jalan IM 7/18, Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang.
Tel: 09-573 3222
Faks: 09-573 3666
E-mail: spnb_pahang@spnb.com.my

Cawangan Sarawak
Lot 13319, Sublot No 3, Section 65 KTLD, Riveredge Commercial Centre, Jalan Tun Abdul Rahman Yaakub,
93050 Kuching, Sarawak.
Tel: 082-230032 / 082-240032
Faks: 082-230055
E-mail: spnb_kuching@spnb.com.my

Cawangan Kelantan
No. PT2240, Taman Merbau Utama, Batu Tinggi Bukit Merbau, 16810 Pasir Puteh, Kelantan.
Tel: 09-7886546 / 09-788754509-7886546 / 09-7887545
Faks: 09-7885545
E-mail: spnb_koklanas@spnb.com.my

Cawangan Sabah
Lot S01, S02 & S03, Vista Seri Melalin, Jalan Kompleks JKR Tuaran, 89208 Tuaran, Sabah.
Tel: 088-791610 / 088-791612
Faks: 088-791613
E-mail: spnb_melalin@spnb.com.my

Post a Comment

0 Comments