Bantuan Keluarga Malaysia (BKM): Bantuan Kepada Ibu & Bapa Tunggal Berjumlah RM500



KERAJAAN UMUM BANTUAN KEPADA IBU DAN BAPA YANG TUNGGAL BERJUMLAH RM500

Pembentangan Bajet 2022 pada Jumaat, 29 Oktober 2021 baru-baru ini dibentangkan oleh Menteri Kewangan negara.

Bajet pada tahun ini adalah lebih tinggi berbanding dengan tahun lalu. Pada tahun ini, bajet yang dibentangkan adalah bertemakan Keluarga Malaysia , Makmur Sejahtera.

Terdapat pelbagai bantuan yang diumumkan oleh pihak kerajaan untuk disalurkan kepada seluruh lapisan masyarakat. Namun, terdapat juga beberapa bantuan yang diinginkan oleh masyarakat tetapi tidak dilaksanakan. Contohnya seperti pengeluaran one-off sebanyak RM10,000.

BANTUAN IBU DAN BAPA TUNGGAL

Bantuan ini merupakan salah satu bantuan yang diumumkan pada Bajet 2022 kali ini. Bantuan ini diwujudkan adalah bertujuan untuk meringankan dan memudahkan beban kewangan yang dihadapi oleh ibu dan bapa tunggal untuk menyara anak-anak mereka.

JUMLAH BANTUAN

Hanya ibu dan bapa tunggal yang layak sahaja berhak untuk menerima bantuan ini. Jumlah bantuan yang disalurkan adalah seperti yang berikut:
  • RM500
Menurut daripada pembentangan Bajet 2022 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan, ibu dan bapa tunggal yang mempunyai jagaan sebanyak 3 orang anak atau lebih layak untuk menerima Bantuan Keluarga Malaysia atau (BKM) sebanyak:
  • RM2,000 ke atas ialah bantuan kepada isi rumah yang mempunyai 3 orang anak atau lebih. Ibu dan bapa tunggal juga layak untuk menerima bantuan ini jika mereka mempunyai tanggungan/hak anak.
  • RM2,500
SYARAT KELAYAKAN

Buat masa ini, tiada lagi kelayakan yang lebih terperinci mengenai bantuan tersebut tetapi
  • Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai pendapatan sehingga RM5,000 dan ke bawah layak untuk mendapatkan bantuan di atas.

CARA UNTUK MEMBUAT PERMOHONAN

Tiada cara untuk membuat permohonan yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan buat masa ini. Hal ini kerana bantuan yang disalurkan tersebut adalah untuk tahun 2022.

Informasi yang lebih mendalam akan kami kemaskini kelak.

Post a Comment

0 Comments