SEMAKAN ONLINE
Semak Tarikh Pembayaran i-Citra Bagi Bulan November 2021
Memandangkan bulan November sudah hampir menjelang, sudah pasti ramai yang tertanya-tanya tentang tarikh untuk bayaran i-Citra bulan ketiga akan dikreditkan ke akaun-akaun pengguna. Program ini sama seperti i-Sinar iaitu bayaran akan diterima mengikut tarikh kelulusan masing-masing dan kategori permohonan.
Oleh sebab itu, kami dari Mkerjaya akan berkongsi kepada anda semua tentang semakan status dan juga jadual bagi pembayaran bulan September dan bulan-bulan yang berikutnya.
TARIKH PEMBAYARAN i-CITRA
Untuk makluman anda, pembayaran i-Citra akan bermula pada 1 November 2021 kelak. Pengkreditan jumlah amaun ke bank ahli akan mengambil masa dalam tempoh 1-3 hari berkerja dan bergantung kepada prosedur yang ditetapkan oleh pihak bank.
JADUAL BULANAN PEMBAYARAN i-CITRA
Pembayaran bagi i-Citra adalah seperti yang berikut:
- Tarikh untuk pembayaran bagi bulan pertama akan sama dengan tarikh pembayaran untuk bulan kedua dan bulan-bulan yang mendatang.
- Sebagai contoh, sekiranya bayaran pertama jatuh pada 2 Ogos 2021, bayaran kedua berkemungkinan akan dikenakan pada 2 September 2021. Begitu juga dengan bulan-bulan yang akan datang sekiranya jatuh pada hari bekerja bagi kesemua masyarakat.
- Jika tempoh yang ditetapkan tidak dipatuhi dengan sepenuhnya, bayaran akan dikreditkan dalam suatu tempoh maksimum 2 minggu atau sebelum akhir bagi bulan berkenaan.
- Menurut info yang dikeluarkan oleh pihak KWSP, pemohon boleh membuat semakan status mereka untuk mengetahui info yang lebih terperinci dan maklumat yang terkini berkenaan dengan pembayaran.
CARA MEMBUAT SEMAKAN STATUS i-CITRA
Semakan status untuk i-Citra boleh dibuat melalui dua cara sama ada melalui laman web i-Citra atau i-Akaun.
Langkah untuk membuat semakan melalui laman web i-Citra:
- Anda perlu membuat membuka laman web i-Citra KWSP di
- Kemudian, klik pada butang 'SEMAK STATUS' di paparan skrin.
- Anda perlu mengisi maklumat yang dikehendaki.
- Skrin akan memaparkan status permohonan dan maklumat untuk membuat pembayaran.
Langkah untuk membuat semakan melalui laman web i-Akaun:
- Anda perlu membuka aplikasi i-Akaun di https://www.kwsp.gov.my/en/ilogin/login-member
- Kemudian, log masuk aplikasi dengan menggunakan ID dan kata laluan yang telah didaftarkan.
- Semak bahagian 'PENGELUARAN/WITHDRAWAL' pada paparan skrin.
- Klik pada 'WITHDRAWAL HISTORY'.
- Seterusnya, klik pada paparan yang bertulis 'i-Citra'.
- Tarikh untuk membuat pembayaran akan dipaparkan seperti gambar yang di bawah.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang permasalahan berkaitan dengan i-Citra, anda boleh menghubungi ELYA Live Chat atau talian Hotline i-Citra di 03.8922-4848 melalui pautan https://www.kwsp.gov.my/ms/reach-us/connect-with-us
Untuk info yang lebih lanjut, anda boleh melayari Facebook rasmi KWSP.
Post a Comment
0 Comments