SEMAKAN ONLINE
RESIDENSI PRIHATIN: Panduan Memohon Program Rumah Pertama Golongan B40
PROGRAM RUMAH PERTAMA GOLONGAN B40
Perhatian kepada kesemua golongan B40 yang menetap di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya & Labuan yang hendak membeli rumah pertama mereka, kerajaan telah mengumumkan sebuah program perumahan yang mampu untuk dimiliki. Ia dikenali sebagai Residensi Prihatin.
Sebanyak 40 ribu unit rumah mampu milik yang akan dibina di sekitar Kuala Lumpur. Perkara ini telah di umumkan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan, khas kepada mereka yang lahir dan menetap serta bekerja di Wilayah Persekutuan sahaja.
Projek perumahan ini akan dimulakan pada tahun 2021 dan dijangka siap sepenuhnya menjelang tahun 2024 kelak. Permohonan telah dibuka untuk projek ini.
CIRI-CIRI RUMAH
Terdapat banyak ciri-ciri rumah bagi program perumahan ini. Ia dilengkapi dengan 2 buah bilik air, 3 buah bilik tidur, ruang makan, ruang tamu, dapur serta halaman rumah yang akan dibangunkan mengikut konsep strata (flat/apartment).
SENARAI PROJEK RESIDENSI PRIHATIN
Lokasi yang dikenalpasti:
- Serunai - Presint 5 Putrajaya
- Sentral - Presint 7 Putrajaya
- Cengkih - Presint 16 Putrajaya
- Mawar - Presint 19 Putrajaya
- Melur - Presint 19 Putrajaya
- Rebana - Presint 5 Putajaya
- Tanjung - Presint 5 Putrajaya
- Cemara - Presint 11 Putrajaya
- Kenanga - Presint 19 Putrajaya
- Cempaka - Presint 19 Putrajaya
Anda dipersilakan untuk melayari laman web Projek Residensi Prihatin untuk mengetahui harga yang telah ditawarkan bagi setiap rumah mengikut spesifikasi setiap projek ini. KLIK DISINI
SYARAT PERMOHONAN PROGRAM RUMAH PERTAMA
Program ini difokuskan kepada golongan yang mempunyai pendapatan yang rendah sahaja yang ingin memiliki rumah pertama mereka. Namun, hanya individu yang memenuhi syarat sahaja yang layak untuk membuat permohonan. Syarat-syarat permohonan adalah seperti yang berikut:
- Berumur 18 tahun keatas sahaja.
- Pendapatan kasar isi rumah: RM5000 ke bawah.
- Merupakan warganegara Malaysia sahaja.
- Hanya terbuka kepada pemohon yang lahir dan menetap serta bekerja di Wilayah Persekutuan.
- Pemohon terbuka untuk rumah pertama sahaja.
- Pemohon hendaklah membuat pendaftaran di portal Residensi Prihatin.
- Sekatan penjualan adalah selama 10 tahun.
LANGKAH MEMBUAT PERMOHONAN PROGRAM RUMAH PERTAMA
Anda dikehendaki untuk mengikuti langkah-langkah dibawah sekiranya anda berminat untuk membuat permohonan:
- Anda perlu membuat pendaftaran di portal Residensi Prihatin.
- Kemudian, anda perlu memuatnaik kesemua dokumen sokongan yang diperlukan seperti yang tertera di dalam portal tersebut.
- Tempoh untuk sah laku permohonan hanya setahun sahaja. Sekiranya permohonan anda tidak dilengkapkan dengan sepenuhnya selama setahun, permohonan tersebut akan terbatal.
Anda boleh mengunjungi portal di atas untuk membuat semakan bagi status permohonan anda. Kesemua pemohon akan dimaklumkan sama ada permohonan anda berjaya atau tidak melalui e-mel yang telah didaftarkan oleh pihak urusetia program. Anda perlu memastikan bahawa alamat e-mel yang didaftarkan adalah betul.
MAKLUMAT LANJUT
Anda boleh merujuk maklumat dibawah dan menghubungi pihak urusetia sekiranya mahu membuat pertanyaan yang selanjutnya:
- Alamat: Urus Setia RESIDENSI PRIHATIN, bahagian Sosio Ekonomi, aras 5, blok 2, Menara Seri Wilayah , Presint 2, Kementerian Wilayah Persekutuan, 62100 Putrajaya.
- Laman web: https://residensiprihatin.kwp.gov.my/
- Waktu urusan: Isnin - Jumaat (8.30 pagi - 4.30 petang)
- Faks: 03-8889-7640
- Emel: urusetiaresidensiprihatin@kwp.gov.my
Post a Comment
0 Comments