Panduan Memohon Rumah PPR Sewa Serendah RM124 Sebulan


Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah memperkenalkan salah satu langkah yang mana bertujuan untuk membantu mereka yang tidak mempunyai tempat untuk berteduh dan kediaman yang disebabkan oleh Pandemik Covid-19 yang melanda negara bahkan seluruh dunia. Program ini dikenali sebagai Program Kediaman Rumah Keluarga Malaysia (Rumah IKRAM KPKT)

Program ini diwujudkan bertujuan untuk membantu menyediakan kediaman yang boleh untuk didiami dan selamat khusus kepada mereka yang terkesan akibat Pandemik Covid-19 disebabkan faktor kehilangan pendapatan dan pekerjaan. Ia sekaligus menyebabkan mereka tidak mampu untuk membayar sewa bulanan yang tinggi sehingga mereka terpaksa untuk keluar daripada rumah yang disewa.

MANFAAT RUMAH IKRAM KPKT 

Mereka yang layak untuk menghuni rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) yang terlibat dan diberikan sewaan secara percuma selama 6 bulan bagi mengurangkan beban yang ada di bahu mereka.


CIRI-CIRI RUMAH PPR

Berikut telah dikongsikan ciri-ciri rumah PPR yang akan ditawarkan menerusi Rumah IKRAM KPKT:

1. Rumah yang terletak di kawasan pinggir bandar adalah jenis rumah teres.
2. Rumah di kawasan bandar besar adalah jenis rumah yang bertingkat antara 5 hingga 18 tingkat.
3. Keluasan tapak rumah tidak kurang daripada 700 kaki persegi.
4. Binaan rumah terdiri daripada:
  • 1 Ruang tamu.
  • 2 Bilik air.
  • 1 Ruang dapur.
  • 3 Bilik tidur.
5. Kemudahan yang telah disediakan kepada penyewa:
  • Surau/ruang untuk solat.
  • Tadika.
  • Kemudahan OKU.
  • Rumah sampah.
  • Kawasan lapang/tapak permainan.
  • Ruang niaga/gerai makan.
  • Ruang untuk orang ramai/dewan komuniti.
6. Kadar sewa minimum yang akan ditawarkan kepada penyewa adalah RM124 dalam tempoh sebulan.

SENARAI PPR YANG TERLIBAT

Terdapat sebanyak 1,000 unit rumah yang ditawarkan melalui inisiatif ini. Sebagai permulaan, berikut merupakan senarai PPR yang terlibat di bawah Rumah IKRAM KPKT:
  • PPR Lembah Subang 2, Selangor.
  • PPR Kota Setar, Kedah.
  • PPR Kota Bharu, Kelantan.
  • PPR Sg. Melana 2, Johor.
  • PPR Sentul Murni, Kuala Lumpur.
  • PPR Amanjaya, Kedah.
  • PPR Sinar Intan 3, Kedah.
  • PPR Gua Musang, Kelantan.

SYARAT PERMOHONAN RUMAH IKRAM KPKT

Bagi mereka yang terkena tempias akibat Pandemik Covid-19 ini dan memenuhi syarat-syarat yang berikut, mereka layak untuk memohon Rumah IKRAM KPKT:
  • Pemohon berumur 18 tahun dan ke atas.
  • Pemohon dan pasangan adalah warganegara Malaysia yang tetap.
  • Pendapatan isi rumah haruslah tidak melebihi RRM3,000 sebulan.
  • Pemohon yang tidak mempunyai rumah atau rumah sedia ada yang telah dilelong, tempoh sewaan ditamatkan oleh pemilik rumah atau seumpama dengannya.

CARA UNTUK MEMBUAT PERMOHONAN

Berikut merupakan langkah-langkah untuk membuat permohonan:
MAKLUMAT LANJUT

Sebarang permasalahan atau pertanyaan yang selanjutnya berkaitan dengan permohonan, anda boleh menghubungi KPKR di talian yang tertera:
  • 03-8891-4139/4138
  • Emel ke pro@kpkt.gov.my
  • unitkorporatjpn@kpkt.gov.my

Post a Comment

0 Comments