Kerajaan Mencadangkan Bagi Pengeluaran i-Citra Sebanyak RM10,000 Secara One-Off



Asyraf Wajdi Dusuki selaku ahli Pemuda UMNO telah mengakui bahawa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan suatu inisiatif dalam membuat simpanan bagi menghadapi hari tua terhadap rakyat yang terkesan.


Walaubagaimanapun, tuntutan untuk mengeluarkan RM10,000 untuk i-Citra adalah satu keperluan bagi rakyat yang terjejas sumber pendapatannya.

Rakyat yang terkesan perlu menanggung banyak beban di bahu mereka untuk membayar keperluan seharian seperti pembayaran rumah sewa, kos bil api dan bil elektrik serta lain-lain lagi.

Selain itu, rakyat juga terkesan dalam memenuhi keperluan dapur untuk keluarga dan keperluan anak dalam menjalani proses Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah ataupun PDPR.

Anda mungkin berminat dengan artikel lain:
  1. Prihatin Kasih: Bantuan Kewangan Sebanyak RM100 Sebulan
  2. Cara Membuat Semakan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)
  3. Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) RM500 Oktober 2021
Sehubungan dengan hal tersebut, semasa pertemuan yang dihadiri oleh Ketua Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) iaitu Datuk Seri Amir Hamzah Azizan pada Selasa yang lalu, terdapat beberapa perkara yang dibincangkan oleh Pemuda UMNO khususnya untuk menangani isu memperbaiki kepincangan berkaitan dengan simpanan KWSP.

Antara yang dimaksudkan adalah tentang trend peningkatan kadar caruman wajib majikan bagi satu tempoh yang tertentu serta memperluas caruman 'mandatory coverage' yang termasuk di dalam sektor informal seperti gig ekonomi.

TARIKH BAYARAN RASMI I-CITRA

Berdasarkan pengumuman yang telah dibuat oleh pihak KWSP melalui laman Facebook rasmi mereka, bayaran i-Citra untuk bulan Oktober akan bermula pada tarikh yang berikut:
  • 1 Oktober 2021
  • Tempoh pembayaran seharusnya dilakukan selewat-lewatnya 3 hari bekerja bergantung kepada prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak bank.
UNTUK MAKLUMAN: Proses pembayaran perlu dilakukan secara berperingkat, Pembayaran anda mungkin akan lewat selama beberapa hari.

CARA MEMBUAT SEMAKAN TARIKH PEMBAYARAN i-CITRA

Semakan tarikh bayaran i-Citra adalah melalui akaun atas talian atau i-Akaun.

Cara yang berikut hanya boleh dilakukan kepada penerima yang mempunyai i-Akaun.
  1. Anda perlu membuka aplikasi i-Akaun melalui laman web https://www.kwsp.gov.my/ms/ilogin/login-member ataupun telefon pintar.
  2. Kemudian, daftar melalui ID dan KATA LALUAN yang telap didaftarkan atas i-Akaun.
  3. Klik dan semak di bahagian 'PENGELUARAN/WITHDRAWAL'.
  4. Selanjutnya, klik pada 'WITHDRAWAL HISTORY'.
  5. Klik di paparan 'i-Citra'.
  6. Tarik untuk melakukan pembayaran akan dipaparkan.
SEMAK TARIKH BAYARAN BAGI BULAN BERIKUTNYA SELEPAS OKTOBER

Pembayaran i-Citra adalah seperti pembayaran bagi i-Sinar dan i-Lestari yang telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan sebelum ini.

Anda juga boleh membuat semakan bagi tarikh akhir anda untuk penerimaan bayaran i-Citra pada i-Akaun KWSP anda.
  • Sekiranya kolum 'Monthly Recurring End Date' bertarikh pada 2 Disember terpapar pada i-Akaun anda, ia bermakna tarikh bagi pembayaran untuk setiap bulan yang mendatang adalah pada tanggal 2.
  • Namun, tarik i-Citra ini juga turut akan berubah JIKA tarikh akhir jatuh pada hujung minggu (weekend).
  • Anda Hanya perlu merujuk tarikh bagi pembayaran akhir untuk mengetahui tarikh pembayaran bagi setiap bulan.

Post a Comment

0 Comments