SEMAKAN ONLINE
i-Suri KWSP:Panduan Memohon Bantuan RM480 Suri Rumah Setahun 2021
Terima insentif RM480 setahun bagi permohonan i-Suri KWSP untuk suri rumah. Kini, suri rumah boleh memilih untuk mencarum di KWSP melalui insentif khas di bawah i-Suri.
i-Suri ini diwujudkan bertujuan untuk memastikan kesejahteraan bagi semua golongan suri rumah serta mengiktiraf sumbangan yang telah mereka lakukan terhadap pembangunan negara dan ahli keluarga mereka sendiri. i-Suri ini mempunyai banyak faedah yang bermanfaat.
Salah satunya ialah rumah akan menerima insentif seumbangan berupa wang ringgit sebanyak RM480 yang mana telah bermula sejak 2019 dan tahun-tahun yang mendatang.
Di samping itu, bantuan bagi ahli keluarga yang mengalami kematian juga disediakan dalam insentif i-Suri sebanyak RM2500. Sekiranya anda ingin membuat pendaftaran i-Suri KWSP ini, anda boleh memuat turun borang permohonan menerusi lamn web rasmi KWSP.
CARA MENDAFTAR i-SURI KWSP
Pendaftaran dapat dilakukan dengan cara pergi ke cawangan terdekat KWSP dengan tempat kediaman anda dan membawa borang permohonan yang dimuat turun menerusi pautan yang tertera.
Mykad
Borang i-Suri KWSP 16G (M) (Pendaftaran buat kali pertama sahaja).
Borang i-Suri KWSP 6A (2) (Semasa melakukan pembayaran).
SYARAT KELAYAKAN PENDATARAN i-SURI KWSP
Berikut merupakan syarat-syarat yang perlu dipatuhi bagi kelayakan pendaftaran i-Suri KWSP:
- Belum mencapai umur 60 tahun.
- Merupakan warganegara Malaysia.
- Isteri kepada ketua isi rumah (KIR/Wanita(KIR).
- Mencarum sebanyak RM5 sebulan atau RM60 setahun kedalam akaun KWSP.
- Mestilah golongan suri rumah yang berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (e-Kasih) setakat 30 November 2019.
SIAPAKAH YANG BOLEH MENCARUM?
- Isteri (Diri sendiri)
- Suami bagi pasangan yang layak.
- Tambahan: Untuk suri rumah, anda hanya dibenarkan memilih satu insentif dalam satu masa sahaja. Sekiranya anda sudah mendaftar dengan Insentif Persaraan (i-Saraan), anda hendaklah membatalkannya terlebih dahulu sebelum membuat permohonan yang baharu bagi i-Suri.
FAEDAH i-SURI KWSP
- Menerima dividen tahunan daripada KWSP
- Bantuan kematian sebanyak RM2500
- Mendapat insentif minimum sebanyak RM40 sebulan mengikut jumlah maksimum RM480 setahun.
Apabila anda memenuhi syarat yang telah ditetapkan seperti yang berikut, barulah anda perlu membayar insentif kerajaan:
- Belum lagi mencapai umur 60 tahun.
- Terdapat caruman yang sukarela dibuat ke dalam akaun KWSP ahli yang berjumlah RM5 sebulan ataupun RM 60 setahun.
- Isteri kepada Ketua Isi Rumah atau (KIR) yang terlah berdaftar di dalam e-Kasih.
CARA PEMBAYARAN
- Tunai atau cek yang terdapat di kaunter panel bank KWSP (PBB,MBB,RHB dan BSN).
- Pindahan wang melalui perbankan internet oleh bank yang telah dilantik MBB atau PBB.
- Tunai ataupun cek yang ada di kaunter peresitan KWSP.
Tambahan; KWSP akan membuat tuntutan bagi sumbangan kerajaan secara berkala berdasarkan caruman untuk separuh tempoh pertama (Januari sehingga Jun) dan separuh tahun tempoh kedua (Julai sehingga Disember) setiap tahun. Wang tersebut akan dikreditkan ke akaun ahli yang berdaftar selepas KWSP menerimanya daripada kerajaan. Sumbangan tersebut akan dikreditkan ke dalam Akaun Ahli 1 (Akaun Persaraan dan Akaun 2).
MAKLUMAT TAMBAHAN
Untuk maklumat berkaitan i-Suri KWSP yang selanjutnya, anda boleh melayari laman web.
Post a Comment
0 Comments