SEMAKAN ONLINE
Tarikh Pembayaran i-Citra Bagi Bulan Oktober 2021 & Cara Semak Status Pembayaran
Bulan Oktober semakin hampir, kepada yang masih bertanya-tanya tentang tarikh pembayaran i-Citra untuk bulan ke dua akan dikreditkan ke akaun masing-masing. Pembayaran ini akan sama seperti i-Sinar dimana bayaran akan diterima mengikut kategori permohonan dan tarikh kelulusan masing-masing.
TARIKH PEMBAYARAN I-CITRA BAGI BULAN OKTOBER 2021
Pengunguman tentang tarikh pembayaran i-Citra, pembayaran i-Citra bagi bulan Oktober 2021 bermula pada 1 Oktober 2021.
Proses pengkreditan amaun ke dalam bank ahli akan mengambil masa 1-3 hari bekerja dan bergantung juga kepada bank masing-masing.
JADUAL BULANAN BAGI PEMBAYARAN i-Citra
Seperti pembayaran i-Sinar, tarikh untuk pembayaran pada bulan pertama akan sama dengan tarikh pembayaran untuk bulan ke dua dan begitu juga untuk bulan selanjutnya.
Sebagai contoh, jika anda mendapat pembayaran pertama bermula pada 1 Ogos 2021, bayaran kedua dijangka akan dikreditkan pada 1 September 2021 dan begitu juga pada bulan berikutnya jika jatuh pada hari bekerja.
Jika anda belum mendapat bayaran pada tarikh yang dijangka, bayaran akan dikreditkan dalam tempoh maksimum 2 minggu atau sebelum akhir bulan berkenaan.
Pegawai KWSP berkata, pemohon boleh membuat semakan status dan maklumat lanjut tentang pembayaran i-Citra bagi bulan Oktober 2021.
Artikel lain
SEMAKAN STATUS I-CITRA
Tahukah anda, semakan i-Citra boleh dibuat melalui dua cara iaitu melalui laman web i-Citra ataupun melalui i-Akaun.
Rujuk cara untuk membuat semakan melalui laman web i-Citra:
- Pergi ke laman web i-Citra KWSP di https://icitra.kwsp.gov.my/
- Klik pada "Semak Status"
- Isi pada maklumat yang diminta
- Status akan mempaparkan pemohonan/maklumat pembayaran
SEMAKAN MELALUI I-AKAUN
Rujuk cara untuk membuat semakan pembayaran melalui i-Akaun:
- Sila buka aplikasi i-Akaun di https://www.kwsp.gov.my/en/ilogin/login-member
- Sila log masuk dengan menggunakan ID dan kata laluan yang sudah didaftarkan
- Selepas itu, semak pada bahagian PENGELUARAN/WITHDRAWAL
- Kemudian klik pada WITHDRAWAL HISTORY
- Selanjutnya, klik pada paparan yang bertulis i-Citra
- Kemudian tarikh bayaran akan dipaparkan seperti di bawah
MAKLUMAT LANJUT
Untuk sebarang pertanyaan mengenai i-Citra, anda boleh menghubungi Hotline i-Citra di talian 03-8922 4848 atau melalui live chat melalui pautan https://www.kwsp.gov.my/ms/reach-us/connect-with-us
Post a Comment
0 Comments