Pembayaran BPR Fasa 3 Bermula 28 September 2021 & Cara Untuk Membuat Semakan



Kepada sesiapa yang belum tahu tentang maklumat pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat bagi fasa ke 3, kami akan kongsikan beberapa maklumat seperti jumlah yang akan diterima mengikut kategori dan tarikh pembayaran.

JUMLAH PEMBAYARAN YANG AKAN DITERIMA MENGIKUT KATEGORI

MAKLUMAN: Untuk kategori bujang, kategori ini tidak akan menerima untuk pembayaran fasa 3 kerana telah menerima jumlah keseluruhan bayaran pada fasa 1 dan 2.

Baca maklumat di bawah mengenai jumlah bayaran yang akan diterima pada BPR fasa 3 mengikut isi rumah.

Pendapatan isi rumah di bawah RM2,500.0
  • Kurang dari 1 anak: RM500
  • 2 anak dan ke atas: RM1,100.0
Pendapatan isi rumah RM2,501.0 - RM4,000.0
  • Kurang dari 1 anak: RM200
  • 2 anak dan ke atas: RM600
Pendapatan isi rumah RM4,001.0 - RM5,000.0
  • Kurang dari 1 anak (Pemohon 60 tahun dan ke atas): RM200
  • Kurang dari 1 anak: RM100
  • 2 anak dan ke atas: RM200

TARIKH BAGI PEMBAYRAN BPR FASA 3

Pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat (Fasa 3) akan bermula pada 28 September 2021 dan dijangka akan selesai pada 30 September 2021.



CARA UNTUK MEMBUAT SEMAKAN BAGI PEMBAYARAN BPR FASA 3

Sila baca dengan teliti maklumat di bawah tentang cara untuk membuat semakan status kelulusan serta maklumat pembayaran bagi BPR fasa 3:
  • Log masuk ke laman web BPR di https://bpr.hasil.gov.my/
  • Sila tekan pada butang "Semak Status"
  • Status bayaran/permohonan akan dipaparkan








Post a Comment

0 Comments