Mohon Bantuan Kanak-Kanak Sehingga RM1,000 Sebulan. Baca Untuk Panduan Permohonan!




Ibu bapa yang mempunyai anak jagaan yang berumur lingkungan 18 tahun dan ke bawah, anda boleh memohon bantuan kanak-kanak (BKK) RM1,000 sebulan bagi satu keluarga.

Bantuan Kanak-Kanak (BKK) adalah di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang diberikan khas bagi membantu keluarga, Penjaga dan kanak-kanak bagi meneruskan kelangsungan hidup serta mendapatkan penjagaan yang sempurna.

Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat iaitu Datuk Seri Rina Binti Mohd Harun berkata jumlah bantuan BKK telah di naik kan ke RM1,000 berbanding sebelum ini hanya RM450.

JUMLAH BKK LAMA
  • Maksimum bagi seorang anak akan menerima RM10
  • Maksimum sebanyak RM450 jika anak melebihi 4 orang
JUMLAH BKK 2021
  • Kanak-kanak yang berumur diantara 7 tahun sehingga 18 tahun akan mendapat RM150 sebulan untuk seorang
  • Kanak-kanak berumur 6 tahun dan ke bawah akan mendapat RM200 sebulan untuk seorang
  • Maksimum bantuan RM1000 sebulan untuk setiap keluarga

APAKAH KELAYAKAN UNTUK MENDAPAT BKK 2021?
  1. Pemohon mestilah Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia
  2. Pendapatan isi rumah tidak melebihi garis kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa
  3. Kanak-kanak yang berumur 18 tahun dan ke bawah (umur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga menengah atas sahaja)
  4. Mana-mana kes yang memerlukan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat.
BAGAIMANA UNTUK MEMOHON BKK 2021?

Baca dengan teliti cara untuk memohon BKK 2021:
  1. Layari http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp
  2. Klik pada butang "Daftar Permohonan Atas Talian"
  3. Isi kedua-dua borang A dan borang B dengan maklumat anda yang terkini dan sahih.
Pejabat JKM 

1) Anda boleh pergi ke mana-mana cawangan JKM yang terdekat bagi tujuan verifikasi permohonan BKK
2) Anda harus membawa senarai dokumen seperti di bawah:
  • Salinan kad pengenalan pemohon
  • Salinan kad pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Salinan kad OKU / Slip pendaftaran sementara OKU (Jika Kategori OKU)
  • Salinan penyata pendapatan / surat akuan pendapatan (Jika bekerja sendiri)
  • Salah satu Bil Utiliti (air / elektrik / telefon / astro)
  • Laporan pegawai perubatan dari hospital / klinik kesihatan kerajaan / swasta (bagi kes OKU tidak bekerja / terlantar / kronik / alat tiruan)
3) Pastikan anda membawa bersama borang seperti di bawah:
Borang Permohonan Bantuan -KLIK UNTUK MUAT TURUN BORANG-.
Borang untuk kemaskini jika terdapat kemaskini baharu -KLIK-.

MAKLUMAT LANJUT 

Sekiranya anda ada sebarang pertayaan mengenai permohonan Bantuan Kanak-Kanak (BKK), anda boleh menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di talian 03-8000 8000 atau anda boleh pergi ke mana-mana pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat yang berdekatan dengan anda.

Semoga perkongsian ini bermanfaat bagi setiap pembaca dan jangan lupa untuk kongsikan maklumat ini ke semua media sosial anda.





Post a Comment

0 Comments