e-Belia: Bantuan e-Belia RM150, Semak Cara Untuk Menebus Sekarang!


Berita baik kepada seluruh belia di Malaysia, inisiatif bantuan e-Belia akan diteruskan lagi. Perdana Menteri Malaysia - Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan tentang pemberian bantuan e-Belia di dalam perutusan khas baru-baru ini. Kali ini, kerajaan memperuntukkan RM150 kepada setiap belia yang layak.

Baca terus untuk mengetahui cara untuk menebus dan maklumat tentang bantuan e-Belia RM150. Bantuan RM150 ini akan disalurkan dalam bentuk e-Tunai yang akan dikreditkan ke dalam akaun eWallet masing-masing.

Untuk menebus bantuan e-Belia RM150, e-Wallet yang diterima pakai bagi bantuan ini adalah Shopeepay, TNG, Boost dan Bigpay.

APAKAH SYARAT KELAYAKAN UNTUK MEMOHON E-BELIA RM150?

Syarat kelayakan untuk memohon bantuan e-Belia RM150 adalah anda haruslah warganegara Malaysia yang berumur diantara 18 sehingga 20 tahun atau sedang belajar di peringkat Diploma atau SKM4 di semua IPT yang diiktiraf kerajaan.

Panduan untuk membuat tuntutan bantuan ini adalah dengan memuat turun dan daftar aplikasi Shopeepay, TNG, Boost dan Bigpay.
  • RM150 sahaja untuk sekali tuntutan.
  • Hanya boleh dituntut di aplikasi Shoppe, TNG, Boost dan Bigpay.
  • Tuntutan bermula 1 Jun 2021 hingga 22 Julai 2021.
Bantuan ini boleh digunakan sebelum 31 Julai 2021.

Aplikasi yang terdapat untuk membuat tebusan anda.
Bagi pengguna IOS pula:
TARIKH UNTUK MEMBUAT TUNTUTAN E-BELIA RM150

Anda boleh membuat tuntutan bermula pada 1 Jun 2021 sehingga 22 Julai 2021

NOTE: Jika anda sudah membuat tuntutan bantuan e-Belia RM150 ini, anda tidak membuat membuat tuntutan untuk ke dua kalinya.

Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada belia yang ingin membuat tuntutan bantuan e-Belia RM150 ini. Jangan lupa untuk kongsikan maklumat ini ke rakan-rakan anda.



Post a Comment

0 Comments