Cara Membuat Permohonan Bantuan Warga Emas RM500 Setiap Bulan 2021



Bantuan Warga Emas di Malaysia adalah diuruskan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Bantuan warga emas ini adalah bertujuan untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.

Berikut kami kongsikan kepada anda tentang maklumat bantuan warga emas di bawah Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Baca dengan teliti:

KADAR BANTUAN WARGA EMAS DINAIKKAN

Seperti sedia maklum, bantuan Warga Emas ini adalah berjumlah RM350 sebulan. Oleh yang demikian, kerajaan bersetuju untuk menaikkan kadar bantuan ini daripada RM350 seperti sebelum ini kepada RM500 seorang.

Bantuan ini bersyaratkan pemohon/individu haruslah yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).


KELAYAKAN UNTUK MEMOHON BANTUAN WARGA EMAS RM500

Kepada pemohon, anda diminta memenuhi syarat kelayakan seperti di bawah:
  • Pemohon ialah warganegara dan bermastautin di Malaysia
  • Orang tua atau warga emas yang berumur 60 tahun dan keatas.
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa; dan
  • Warga emas yang bukan tinggal di Institusi kendalian JKM atau pusat jagaan harian / berkediaman yang memberi kemudahan / perkhidmatan secara percuma atau
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

BAGAIMANA UNTUK MEMOHON?

Baca dengan teliti tetang cara untuk membuat permohonan di bawah:
  • Layari laman web Bantuan JKM 2021.
  • Sila klik pada butang daftar permohonan
  • Masukkan negeri tempat tinggal dan nombor kad pengenalan
  • Setelah selelsai, klik butang daftar
  • Dalam masa 14 hari, sila ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat yang berhampiran. Senarai direktori pejabat boleh dirujuk KLIK SINI.
  • Sila bawa bersama segala dokumen yang diperlukan.
APAKAH DOKUMEN YANG DIPERLUKAN UNTUK MEMBUAT PERMOHONAN?
  • Salinan kad pengenalan diri pemohon
  • Salinan kad pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama.
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Salinan penyata gaji (jika ada)
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan
BORANG UNTUK MEMUAT TURUN BANTUAN ORANG TUA JKM


MAKLUMAT TAMBAHAN

Kepada sebarang pertanyaan tentang maklumat Bantuan Warga Emas, anda boleh melayari https://www.jkm.gov.my/jkm/index.php atau menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat di alamat:

Jabatan Kebajikan Masyarakat
Aras 6, 9-18
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya.

No. Tel: 03-8000 8000

Semoga maklumat ini bermanfaat kepada semua pembaca dan jangan lupa untuk kongsikan maklumat ini ke semua media sosial anda.

Kredit - mingguankerja.my

Post a Comment

1 Comments