Tarikh & Cara Membuat Semakan Pembayaran i-Sinar Bagi Bulan Jun 2021



Semua pemohon i-Sinar KWSP telah menantikan jawapan kepada bilakah tarikh pembayaran i-Sinar KWSP yang akan dikreditkan terus ke akaun masing-masing pada bulan Jun 2021. Persoalanya, bilakah tarikh pembayaran i-Sinar ini akan dilaksanakan?

Seperti yang kita semua tahu, pembayaran i-Sinar KWSP telah dilaksanakan pada Januari lalu. Pembayaran i-Sinar seperti yang kita tahu adalah dalam tempoh 6 bulan. Ini menandakan pada bulan Jun ini adalah pembayaran terakhir bagi i-Sinar KWSP.

Di sini kami akan kongsikan maklumat terkini tentang pembayaran i-Sinar KWSP bagi bulan Jun 2021. Baca dengan teliti dan pahami isi penting tentang tarikh pembayaran i-Sinar KWSP untuk bulan Jun 2021.

BILAKAH TARIKH PEMBAYARAN I-SINAR KWSP BAGI BULAN JUN 2021?

Tarikh pembayaran i-Sinar KWSP bagi bulan Jun 2021 akan dikreditkan secara berperingkat seperti sebelum ini pada minggu pertama bekerja yang dijangka pada 1 Jun sehingga 10 Jun 2021

Pengkreditan pembayaran i-Sinar KWSP biasanya mengambil masa selama 1-5 hari bekerja, ini bergantung kepada bank masing-masing.

PEMBAYARAN I-SINAR

Tarikh pembayaran i-Sinar akan dilaksanakan seperti sebelum ini iaitu:
  1. Tempoh seperti bayaran bulan pertama, sebagai contoh: Jika bayaran pertama jatuh pada 6 Mac, pembayaran seterusnya akan dikreditkan pada 6 April, 6 Mei dan juga 6 Jun Jika pembayaran dilakukan pada tarikh hari bekerja.
  2. Maksimum dalam tempoh 2 minggu
  3. Atau sebelum akhir bulan

PANDUAN MEMBUAT SEMAKAN STATUS I-SINAR MELALUI I-AKAUN

Kepada penerima i-Sinar, anda boleh membuat semakan status pembayaran i-Sinar dengan menggunakan telefon bimbit melalui aplikasi i-Akaun. Baca dengan teliti tentang maklumat di bawah yang dikongsikan cara untuk membuat semakan
  1. Buka aplikasi i-Akaun dalam telefon bimbit anda melalui pautan https://www.kwsp.gov.my/en/ilogin/login-member.
  2. Log masuk dengan menggunakan id & password yang telah didaftarkan.
  3. Lihat di ruangan sebelah kiri dan semak bahagian sejarah pengeluaran atau withdrawal.
  4. Klik pada i-Sinar dalam jadual di barisan kedua.
  5. Status permohonan i-Sinar akan dipaparkan.
BILAKAH TARIKH AKHIR BAGI PERMOHONAN I-SINAR?

Tarikh akhir bagi permohonan i-Sinar adalah pada 30 Jun 2021

MAKLUMAT LANJUT

Untuk sebarang pertanyaan mengenai tarikh pembayaran i-Sinar KWSP bagi bulan Jun 2021, anda boleh menghubungi HOTLINE i-Sinar di talian 03-8922-4848.

KREDIT - mingguankerja.my






















Post a Comment

1 Comments

  1. Nak tanye kalo mcm sy i sinar k1 sy batch yg pertama bln jun nie akn msk bper ari bln yer sbb dkt i akaun tarikh masih 3 jun..ada sapa2 yg k1 batch pertama dkt i akaun tarikh dia bertukar pd 1 jun

    ReplyDelete