Langkah Mudah Untuk Menukar Maklumat & Amaun i-Sinar KWSP 2021



Kepada pemohon i-Sinar, semestinya ramai yang telah tersalah untuk mengisi/tarikh pengeluaran i-Sinar kategori 1 mahupun 2. 

Berita baik untuk anda pada 8 Mac 2021, pihak KWSP telah memberikan kelonggaran bagi membuat pindaan pada butiran permohonan. Contohnya seperti, jumlah dipohon, maklumat bank, nombor telefon serta Mod bayaran yang dipilih di i-Sinar online.

Seperti sebelum ini, maklumat atau jumlah amaun yang dimohon tidak boleh diubah. Oleh itu, pihak KWSP telah membuat inisiatif ini untuk membuat pindaan ke atas maklumat pemohon.

CARA MENUKAR AMAUN I-SINAR (8 Mac 2021)

Cara untuk menukar amaun i-Sinar belum dikongsikan daripada pihak KWSP. Oleh itu, ikuti perkembangan semasa tentang cara menukar amaun i-Sinar pada 8 Mac 2021.


CARA MENUKAR AMAUN I-SINAR MENERUSI PORTAL I-SINAR

Berikut dikonsikan tentang cara untuk menukar amaun i-Sinar menerusi portal i-Sinar KWSP
  1. Layari portal i-Sinar dan klik pada "Semak Status Permohonan"
  2. Masukkan nombor IC dan nombor Telefon yang didaftarkan.
  3. Paparan akan menunjukkan "Permohonan Sedang Diproses". Klik dan muat naik dokumen.
  4. Selepas itu, isi semula amaun pilihan yang baru
  5. Sila kemaskini maklumat sekiranya ada perubahan tentang maklumat pemohon seperti nombor bank
  6. Muat naik dokumen sokongan di maklumat pengurangan pendapatan dan klik "Teruskan".
  7. Sila sahkan permohonan dengan meneliti maklumat yang dinyatakan sebelum klik "Hantar"
CARA MENUKAR AMAUN I-SINAR MENERUSI PORTAL I-AKAUN 

Berikut dikonsikan tentang cara untuk menukar amaun i-Sinar menerusi portal i-Akaun KWSP
  1. Sila log in i-Akaun KWSP
  2. Klik pada "ENQUIRY"
  3. Selepas itu, klik pada i-Sinar
  4. Sila isikan semula butiran dengan lengkap
  5. Pergi ke bahagian "Details" dan masukkan alasan atau sebab hendak menukar amaun i-Sinar.
  6. Sila pilih "Email atau "Phone call" untuk mendapatkan maklumbalas
  7. Langkah terakhir, baca dengan teliti dan semak maklumat yang di isi dan klik pada butang "SUBMIT"
MAKLUMAT LANJUT

Untuk mengemukakan sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi HOTLINE khas i-Sinar di talian 03 - 8922 4848.

Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada semua pembaca. Sila share maklumat ini ke semua media sosial anda. Terima kasih!

























Post a Comment

0 Comments