SEMAKAN ONLINE
Jadual Pembayaran i-Lestari KWSP Bagi Bulan Mac & April 2021 Yang Diawalkan
Seperti yang anda tahu sebelum ini, pembayaran bagi bulan Mac telah diawalkan kepada bulan februari lalu. Ramai yang masih keliru tentang jadual pembayaran i-Lestari KWSP disebabkan perubahan jadual telah dilakukan.
Oleh itu, kami mengongsikan tentang info/maklumat pembayaran i-Lestari KWSP yang terkini. Baca sehingga habis dan fahami.
KENAPA PEMBAYARAN I-LESTARI KWSP DIPERCEPATKAN?
Perubahan jadual pembayaran i-Lestari KWSP berlaku adalah disebabkan pemansuhan kriteria kelayakan permohonan i-Sinar. Hal ini telah menyebabkan berlakunya perubahan jadual pembayaran i-Lestari KWSP bulan Mac & April.
Oleh itu, pembayaran awal dilakukan adalah bertujuan untuk malancarkan transaksi pembayaran i-Sinar yang dilakukan pada 8 Mac 2021.
Seperti yang kita tahu, bagi pembayaran bagi bulan Mac sepatutnya berlaku pada 1 Mac hingga 11 Mac 2021.
Tetapi, disebabkan berlakunya perubahan pembayaran i-Lestari KWSP daripada pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), pembayaran akan dilaksanakan pada 19 Februari 2021.
Oleh itu, pembayaran bagi bulan Februari akan diterima sebanyak 2 kali iaitu pembayaran untuk bulan Februari dan Mac.
Kepada penerima bagi kumpulan pertama atau batch pertama, anda akan menerima pembayaran pada 19 Februari 2021 dan seterusnya akan mengikut batch masing-masing.
BILA PEMBAYARAN I-LESTARI KWSP BULAN APRIL AKAN DILAKSANAKAN?
Pembayaran i-Lestari KWSP bagi bulan April sepatutnya diterima pada 1 April 2021. Tetapi disebabkan perubahan pembayaran yang diawalkan, pembayaran akan diterima pada 19 Mac 2021.
CARA UNTUK MENYEMAK BAKI & TRANSAKSI PEMBAYARAN I-LESTARI KWSP
Kepada ahli yang mempunyai i-Akaun, anda boleh menyemak baki dan transaksi bayaran untuk pengeluaran i-Lestari secara online seperti berikut:
- Login i-Akaun
- Pilih Withdrawal/Pengeluaran
- Pilih Withdrawal History
CARA MELAKUKAN SEMAKAN STATUS PENGELUARAN I-LESTARI KWSP
- Semakan status boleh dibuat secara atas talian di laman web KWSP https://ilestari.kwsp.gov.my
- Klik pada tab ‘SEMAK STATUS’.
- Masukkan nombor kad pengenalan serta nombor telefon bimbit yang didaftarkan.
- Klik pada kotak ‘saya bukan robot’ dan klik pada butang semak.
MAKLUMAT LANJUT
Kepada sesiapa yang ingin bertanyakan soalan mengenai tentang pembayaran i-Lestari KWSP, anda boleh menghubungi talian HOTLINE di 03 - 0822 4848
Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada semua pembaca. Jangan lupa untuk share artikel ini ke semua media sosial anda. Terima kasih!
Post a Comment
2 Comments
Salam.. I lestari bulan April tak masuk lagi sampai hari ini.. to long bagi kerjasama KWSP.. takkan duit rakyat pun nak ambik.. sekian
ReplyDeleteSalam.. bulan ni last i lestari tak masuk jugak sampai hari ni.. bulan puasa takkan nk tambah dosa.. tolong bagi kerjasama KWSP.. TQ
ReplyDelete