SEMAKAN ONLINE
Cara Membuat Permohonan Perumahan Mampu Milik SPNB 2021 Kepada Seluruh Warga Malaysia
Di zaman sekarang, ramai penduduk Malaysia yang masih belum mempunyai rumah. Antara sebab utama adalah faktor harga rumah terlalu mahal.
Oleh itu, Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) telah mewujudkan Program Rumah Mesra Rakyat (RMR) bagi membantu membantu golongan berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang (daif) tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa.
Permohonan adalah dibuka kepada seluruh Warganegara Malaysia yang bertempat di Semenanjung, Labuan, Sabah & Sarawak.
SYARAT KELAYAKAN UNTUK MEMOHON
- Warganegara Malaysia
- Pemohon mestilah berumur 18 tahun ke atas
- Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM3,000
- Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri / atau memiliki rumah usang / tidak sempurna
- Tanah/tapak cadangan mestilah bersesuaian dan bebas daripada gadaian/bebanan/sekatan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran daripada tuan punya tanah yang dicadangkan
- Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,600 kps (tertakluk kepada rekabentuk)
- Tertakluk kepada peruntukan kewangan
UNTUK MAKLUMAN:
- Bagi pemohon dari Semenanjung yang berumur melebihi 42 tahun, pemohon kedua yang berumur di antara 18-42 tahun diperlukan.
- Bagi pemohon dari Sabah, Sarawak dan kawasan pulau yang melebihi 38 tahun, pemohon kedua yang berumur di antara 18-38 tahun diperlukan.
CARA MEMBUAT PERMOHONAN
- Layari https://rmr.spnbonline.com.my/
- Klik pendaftaran baru dan isi borang pendaftaran/Login dengan lengkap.
- Log masuk ke laman utama dengan menggunakan login ID (email) dan kata laluan yang diberikan untuk memulakan permohonan RMR.
- Lengkapkan borang online dengan mengisi maklumat ke dalam sistem.
- Setelah selesai mengisi borang online, Klik selesai pendaftaran borang dan cetak borang.
- Sila hantar borang beserta dokumen ke mana-mana pejabat SPNB yang berdekatan.
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
- Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan)
- Salinan kad pengenalan tuan tanah
- Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkaitan)
- Salinan geran hakmilik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang terbaru
- Slip gaji terkini (3 bulan) / surat akuan sumpah pendapatan / surat pengesahan pendapatan pemohon / pemohon kedua*
- Surat akuan sumpah / surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang*
- Surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah
- Salinan sijil nikah pemohon
- Borang laporan tapak bergambar
Sekiranya pemohon diluluskan anda harus:
- Perlu mengisi dan melengkapkan borang permohonan
- Perlu menyediakan tapak cadangan termasuk jalan masuk untuk pembinaan
- Perlu menyediakan sumber bekalan air dan elektrik
- Perlu membuat penyambungan bekalan utiliti setelah rumah disiapkan
- Perlu membuka akaun bank bagi pembayaran balik bulanan
MAKLUMAT LANJUT
Untuk mendapatkan maklumat tentang program ini, anda boleh melayari https://spnb.com.my/rumah-mesra-rakyat-rmr/#.
Semoga info ini bermanfaat kepada semua pembaca serta pemohon dapat memilki rumah pertama yang di inginkan.
Post a Comment
0 Comments