SEMAKAN ONLINE
Cara Membuat Semakan Pembayaran Pindaan Amaun & Maklumat i-Sinar Yang Dibuat Pada 8 Mac 2021
Baru-baru ini, pihak daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengumumkan tentang pemansuhan kriteria kelayakan i-Sinar dan jumlah pindaan amaun yang boleh diubah bermula pada 8 Mac 2021.
Hal ini berlaku berikutan ramai pemohon yang mengadu tentang kesilapan mereka apabila menetapkan jumlah pengeluaran i-Sinar.
Oleh itu, pihak daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah memberikan kelonggaran kepada pemohon dimana mereka boleh membuat perubahan maklumat akaun bermula pada 8 Mac 2021.
KEMASKINI MAKLUMAT PENGELUARAN I-SINAR
Baca dengan teliti sebelum membuat sebarang perubahan maklumat pengeluaran.
- Pindaan bagi amaun pengeluaran hanya boleh dilakukan SEKALI sahaja.
- Bagi tujuan keselamatan, semua maklumat permohonan Pengeluaran i-Sinar terdahulu tidak akan dipaparkan.
- Sila pastikan anda mempunyai maklumat permohonan Pengeluaran i-Sinar terdahulu sebagai rujukan bagi melancarkan proses kemas kini maklumat.
- Anda boleh mengemas kini nombor telefon bimbit dan maklumat berkaitan bayaran seperti Butiran Akaun Bank, Amaun Pengeluaran dan Kaedah Bayaran (sekiranya perlu).
- Jika anda memilih untuk mengemas kini Butiran Akaun Bank, sila pastikan akaun:
- Adalah Milik Pemohon dan Masih AKTIF
- Bukan Akaun Bank Bersama (joint account)
- Bukan Akaun Bank Atas Nama Syarikat
Pihak KWSP juga memberikan kelonggaran bagi mereka yang ingin merubah perkara seperti Jumlah Akaun, Maklumat Akaun Bank, Alamat, Nombor Telefon & Mod Pembayaran i-Sinar.
CARA MEMBUAT SEMAKAN PEMBAYARAN I-SINAR KWSP
Berikut adalah cara untuk membuat semakan setelah mengubah maklumat pembayaran pada 8 Mac 2021.
- Pergi ke portal i-Sinar KWSP iaitu https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
- Masukan Mykad dan Password anda.
- Klik pada "Withdrawl".
- Pilih "Withdrawl History".
- Pilih "i-Sinar".
- Maklumat berkenaan Tarikh pembayaran akan dinyatakan
MAKLUMAT LANJUT
Untuk sebarang pertanyaan mengenai i-Sinar, sila hubungi talian HOTLINE khas i-Sinar di talian 03-89224848.
Semoga info ini bermanfaat kepada setiap pembaca dan jangan lupa untuk share artikel ini ke media sosial anda. Terima kasih!
Post a Comment
1 Comments
Knapa sampai skarang tiada maklum blas mngenai pindaan amaun saya?????
ReplyDelete