i-Sinar: Tarikh Bayaran & Semakan i-Sinar Kategori 2 (Pembayaran 8 Februari 2021)



Kepada pemohon i-Sinar kategori 2, status pengeluaran akaun 1 KWSP boleh disemak bermula 8 Februari 2021 bermula pada jam 8 pagi.

Kami akan mengongsikan tentang cara-cara membuat semakan status i-Sinar KWSP secara atas talian dengan berpandukan langkah-langkah yang telah dikemukakan oleh KWSP melalui laman web isinar.kwsp.gov.my

PANDUAN MENYEMAK STATUS I-SINAR KATEGORI 2 

Berikut adalah cara untuk membuat semakan status i-Sinar kategori 2:

Layari laman web rasmi i-Sinar KWSP di https://isinar.kwsp.gov.my.
Tekan pada butang "SEMAK STATUS".
Pemohon boleh membuat semakan bermula pada 4 Januari 2021.


SEMAKAN I-SINAR MELALUI I-AKAUN KWSP

Ini adalah cara membuat semakan i-Sinar melalui i-Akaun KWSP:

TARIKH PEMBAYARAN I-SINAR KATEGORI 2

Mengikut informasi terkini, tarikh pembayaran dijangka bermula pada 25 Februari 2021 secara berperingkat.
  • Untuk kategori 2, pembayaran i-Sinar telah dilaksanakan melalui bayaran interim yang telah bermula pada 25 Januari 2021.
  • Mengikut informasi yang telah didapati semasa pegawai KWSP melakukan live Chat, pembayaran akan dijangka bermula pada 25 Februari 2021 secara berperingkat.
  • Pembayaran selanjutnya akan disalurkan secara bulanan mengikut jumlah dan tempoh permohonan.
  • Kaedah pembayaran yang akan digunakan adalah "Pengkreditan terus" atau (Direct credit) ke dalam akaun.
  • Anda juga boleh membuat semakan baki di Akaun 1 secara atas talian melalui aplikasi atau portal i-Akaun atau pergi ke cawangan/kiosk KWSP yang berdekatan dengan anda.
MAKLUMAT LANJUT 

Kepada yang ingin menujukan sebarang pertanyaan berkaitan i-Sinar KWSP, anda boleh menghubungi HOTLINE 03-8922-4848

Semoga dengan perkongsian ini akan bermanfaat, Semoga berjaya!

Post a Comment

0 Comments