SEMAKAN ONLINE
TERKINI: Semak Pembayaran i-Sinar Kategori 1 Yang Diawalkan Daripada 3 Mac Ke 22 Februari 2021
Untuk pembayaran i-Sinar bagi kategori 1, perubahan jadual pembayaran telah dilakukan. Jadual pembayaran akan diawalkan daripada bulan Mac 2021 ke bulan Februari bersamaan dengan tanggal 22 Februari 2021.
Pembayaran awal di buat bagi pengeluaran i-Sinar kategori 1 untuk memberikan ruang kelulusan kepada i-Sinar kategori 2.
PERUBAHAN JADUAL PEMBAYARAN I-SINAR KATEGORI 1
Pembayaran i-Sinar bagi bulan februari telah dimulakan pada 3 Februari 2021 lalu. Manakala, bagi pembayaran i-Sinar kategori 1 bagi bulan Mac sepatutnya dilakukan pada 3 Mac 2021.
Tetapi, baru-baru ini kerajaan telah memutuskan untuk meluluskan permohonan tanpa syarat bermula pada 8 Mac 2021. Oleh itu, pihak KWSP telah mengambil keputusan untuk awalkan pembayaran bagi bulan Mac 2021.
TARIKH PEMBAYARAN I-SINAR BAGI BULAN MAC
Tarikh pembayaran i-Sinar bagi bulan Mac akan bermula pada 22 Februari 2021. Oleh itu, pembayaran yang anda akan terima adalah sebanyak 2 kali iaitu (Pembayaran Februari & Mac)
Pembayaran i-Sinar akan dilakukan mengikut sistem kumpulan atau batch. Contohnya;
Jika anda adalah penerima batch pertama, maka anda akan menerima pembayaran untuk bulan Mac pada 22 Februari 2021 dan pembayaran akan mengikut kumpulan/batch yang seterusnya.
Bagi mengetahui tentang maklumat dan tarikh pembayaran bagi bulan Mac, anda perlu membuat semakan status i-Sinar menerusi portal i-Sinar/i-Akaun KWSP.
CARA MEMBUAT SEMAKAN STATUS I-SINAR
Semakan status i-Sinar boleh dibuat melalui Portal i-Sinar
- Pergi ke https://isinar.kwsp.gov.my/
- Pergi ke bahagian bawah dan klik pada butang "semak status"
- Sila isikan maklumat yang diminta.
- Status kelulusan pemohon akan dipaparkan besertakan status pembayaran
MAKLUMAT LANJUT
Jika ada sebarang pertanyaan yang hendak ditujukan, anda boleh menghubungi hotline khas i-Sinar 03 - 8922 4848. Semoga perkongsian ini bermanfaat bagi setiap pembaca.
Post a Comment
0 Comments