SEMAKAN ONLINE
Semak Jadual Pembayaran i-Lestari Yang Diawalkan Untuk Bulan Mac & April
Kepada pemohon i-Lestari, perubahan jadual pembayaran telah dilakukan oleh pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Berikut adalah perkongsian perubahan maklumat pembayaran yang telah dilakukan.
Untuk makluman, perubahan jadual pembayaran adalah untuk bulan Mac dan April. Oleh itu, pembayaran i-Lestari KWSP akan bermula pada awal bulan.
KENAPA PEMBAYARAN I-LESTARI DIAWALKAN?
Perubahan jadual pembayaran i-Lestari berlaku disebabkan oleh pemansuhan kriteria kelayakan bagi permohonan i-Sinar. Oleh itu, perubahan jadual pembayaran i-Lestari bagi bulan Mac & April telah berlakunya perubahan.
Pembayaran awal ini bertujuan untuk melancarkan transaksi bayaran i-Sinar yang akan dibuat mulai 8 Mac 2021.
RUJUK JADUAL PEMBAYARAN I-LESTARI KWSP BULAN MAC & APRIL
Seperti yang kita tahu, pembayaran i-Lestari bagi bulan Februari adalah bermula pada 2 februari sehingga 15 Februari. Untuk pembayaran bulan Mac pula, pembayaran seharusnya dilaksanakan pada 1 Mac sehingga 11 Mac 2021
Tetapi, disebabkan kepada perubahan tarikh pembayaran daripada pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Pembayaran bagi bulan Mac akan dilaksanakan seperti berikut:
19 Februari 2021
- Pembayaran bulan Februari akan dilakukan sebanyak 2 kali kepada penerima iaitu pembayaran untuk bulan Februari dan Mac.
Kepada penerima bagi kumpulan pertama atau batch pertama, anda akan menerima pembayaran pada 19 Februari 2021 dan seterusnya akan mengikut batch masing-masing.
BAGAIMANA PULA PEMBAYARAN I-LESTARI BAGI BULAN APRIL?
Pembayaran i-Lestari untuk bulan April seperti yang dijadualkan sepatutnya dibayar pada 1 April 2021 akan diawalkan kepada 19 Mac 2021.
CARA UNTUK MENYEMAK BAKI & TRANSAKSI PEMBAYARAN I-LESTARI KWSP
Kepada ahli yang mempunyai i-Akaun, anda boleh menyemak baki dan transaksi bayaran untuk pengeluaran i-Lestari secara online seperti berikut:
- Login i-Akaun
- Pilih Withdrawal/Pengeluaran
- Pilih Withdrawal History
CARA MELAKUKAN SEMAKAN STATUS PENGELUARAN I-LESTARI KWSP
- Semakan status boleh dibuat secara atas talian di laman web KWSP https://ilestari.kwsp.gov.my
- Klik pada tab ‘SEMAK STATUS’.
- Masukkan nombor kad pengenalan serta nombor telefon bimbit yang didaftarkan.
- Klik pada kotak ‘saya bukan robot’ dan klik pada butang semak.
MAKLUMAT LANJUT
Bagi mengemukan sebarang pertanyaan tentang pembayaran i-Lestari KWSP, anda boleh menghubungi di talian hotline 03 - 8922 4848
Post a Comment
3 Comments
Sekiranya kelulusan i lestari saya bulan 2 2021 berape kali saya akan dapat duit
ReplyDeletePembohong
ReplyDeleteKenapa permohonan saya belum di luluskan.
ReplyDeleteSampai sekarang permohonan di terima tapi tidak di luluskan