SEMAKAN ONLINE
Terkini! Cara Untuk Membuat Permohonan Online Telefon Pintar Percuma B40 2021
YTL Foundation telah bekerjasama dengan YES dan FrogAsia yang menyediakan data mudah alih dan bahan pembelajaran atas talian secara percuma yang disediakan khas untuk semua pelajar yang berdaftar di sekolah kerajaan di Malaysia. Bersama-sama, kita menjaga keselamatan anak-anak dan terus mendorong mereka dari segi pembelajaran!
Untuk memudahkan proses penyaluran telefon bimbit ini kepada pelajar yang layak, guru sekolah perlu mengambil peranan tentang hal ini. Ini memastikan tiada pelajar yang tercicir dan menyebabkan pelajar yang layak gagal mendapatkan bantuan telefon pintar percuma ini.
Sebagai pejuang barisan hadapan, khidmat para guru amat diperlukan dalam mengenal pasti para pelajar yang tidak berkemampuan dan tidak mempunyai sebarang gajet yang canggih untuk menerima manfaat ini.
Sekiranya guru-guru mendapati mana-mana pelajar dari golongan keluarga B40 yang tidak mempunyai sebarang alat peranti dan tidak dapat menjalankan pembelajaran atas talian dari rumah. Sila senaraikan nama mereka untuk mendapatkan bantuan ini.
SYARAT KELAYAKAN UNTUK MEMOHON TELEFON PINTAR ONLINE PERCUMA
Syarat kelayakan untuk memohon adalah seperti berikut:
- Kepada yang ingin memohon, pelajar yang dicalonkan hendaklah bersekolah di sekolah kebangsaan sama ada di peringkat menengah atau rendah.
- Keluarga pelajar mestilah daripada keluarga dari golongan B40
CARA UNTUK MEMOHON ONLINE TELEFON PINTAR PERCUMA B40 2021
MAKLUMAN: Sebelum memohon, calon murid yang memohon mestilah daripada golongan B40
1) Anda mesti mendapatkan kebenaran daripada ibubapa murid yang dicalonkan serta maklumat yang diperlukan seperti:
- Nombor MyKid/MyKad murid
- Nombor MyKad ibubapa murid
- Bukti status B40 melalui portal Bantuan Prihatin Nasional (BPN)
2) Untuk mendapatkan status B40, sila pergi ke portal Bantuan Prihatin Nasional (BPN) https://bpn.hasil.gov.my/. Setelah itu, masukkan nombor kad pengenalan ibubapa.
3) Setelah itu, klik pada butang "Semak"
4) Seterusnya, daftarkan nama dengan mengisi borang permohonan online di https://appform.prod.frogdev.asia/.
5) Langkah yang selanjutnya, sila lengkapkan maklumat pelajar dan ibubapa besertakan butiran yang di perlukan
LANGKAH MENYEMAK STATUS TELEFON PINTAR ONLINE PERCUMA 2021
1) Atas talian
- Semakan status telefon pintar percuma B40 boleh dilakukan secara online melalui portal https://lcs.yes.my/.
2) Melalui e-mel
Selepas mendaftar, status permohonan akan dimaklumkan melalui e-mel, Ibubapa pemohon akan menerima e-mel berkaitan proses pendaftaran.
Ibubapa harus memuat naik beberapa maklumat seperti:
- 1 salinan MyKad/MyKid pelajar
- 1 salinan MyKad ibubapa
- Surat Bantuan Sara Hidup (BSH) yang dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia sebagai bukti dari keluarga yang berstatus B40 atau dokumen sah yang boleh membuktikan status B40
3) Ibubapa haruslah mengisi borang pendaftaran dalam tempoh 7 hari selepas menerima e-mel.
ANTARA PELAJAR YANG TELAH MENDAPATKAN TELEFON PINTAR PERCUMA B40
MAKLUMAT LANJUT
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila rujuk maklumat seperti di bawah
Level 32, Menara YTL,
205, Jalan Bukit Bintang,
55100 Kuala Lumpur, Malaysia
Emel: ytlfoundation@ytl.com.my
Tel: +603 2038 0888
Fax: +603 2038 0388
Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada pemohon. Semoga berjaya!
Post a Comment
0 Comments