Panduan Permohonan Bantuan RM600 Seorang Melalui Program Subsidi Upah PERKESO 3.0



PROGRAM SUBSIDI UPAH PERKESO

Di era pandemik Covis-19 yang berlanjutan sejak tahun lalu lagi, ramai majikan yang terpaksa memberhentikan pekerja akibat krisis ekonomi. 

Oleh itu, kerajaan mengambil langkah inisiatif bagi memastikan majikan tidak memberhentikan pekerja dengan mewujudkan Program Subsidi Upah PERKESO di mana bantuan kewangan disaluarkan bagi membantu majikan yang mengalami pengurangan pendapatan sebanyak 50% agar dapat mengekalkan pekerja yang bergaji RM4,000 ke bawah.

PROGRAM SUBSIDI UPAH 3.0

Program Subsidi Upah PERKESO 3.0 adalah sama dengan program sebelum nya di mana kerajaan menyalurkan bantuan kewangan kepada majikan melalui Program Subsidi Upah PERKESO 1.0 & 2.0.

TARIKH PERMOHONAN 

Permohonan boleh dilakukan pada tarikh:

 1 Januari 2021 sehingga tarikh tutup 1 Jun 2021

KADAR PEMBAYARAN BANTUAN SUBSIDI UPAH PERKESO


SYARAT KELAYAKAN UNTUK MEMOHON

Kadar penurunan pendapat jualan: 
  • Kadar penurunan sebanyak 30% atau lebih jumlah jualan atau pendapatan bulanan tahun 2020/2021 berbanding dengan bulan yang sama pada tahun 2019 selepas Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)
Pendaftaran majikan:
  • Majikan dan pekerjanya hendaklah berdaftar atau mencarum dengan PERKESO sebelum 1 Januari 2021.
  • Majikan telah mendaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM-Companies  Commission Of Malaysia) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebelum 1 Januari 2021.
Gaji pekerja:
  • Pekerja bergaji RM4,000 dan ke bawah
Syarat-Syarat Lain:
  • Bagi majikan yang memilih untuk menerima bantuan ini, mereka disyaratkan untuk mengekalkan semua pekerja mereka yang bergaji RM4,000 dan ke bawah. Majikan dibenarkan untuk mengurangkan waktu bekerja ataupun pengurangan gaji selepas berunding dengan pekerja
SYARAT TAMBAHAN YANG DILETAKKAN DI BAWAH PSU 3.0
  • Hanya perusahaan di dalam sektor pelancongan dan runcit sahaja yang layak memohon PSU 3.0. 
  • Industri-industri ini adalah antara industri yang tidak dapat dibuka sepenuhnya pada tahun 2021 dan masih terkesan akibat penularan wabak COVID-19.
  • Contohnya, aktiviti sektor perhotelan, penerbangan (aviation), agensiagensi pelancongan, pemborongan dan penjualan runcit, perdagangan di kedai, gerai, ataupun pasar. 
  • Senarai aktiviti sektor yang berkaitan telah diperincikan di www.myfuturejobs.gov.my
CARA MEMOHON PROGRAM SUBSIDI UPAH PERKESO 3.0

Permohonan hendaklah dilakukan oleh majikan melalui laman sesawang https://prihatin.perkeso.gov.my/.

DOKUMEN YANG DIPELUKAN PSU 3.0

Berikut adalah dokumen yang diperlukan untuk memohon:
  • Senarai nama pekerja (mengikut had kelayakan saiz perusahaan)
  • Maklumat akaun bank majikan (salinan muka depan penyata bank sahaja)
  • Maklumat Business Registration Number (BRN) yang didaftarkan oleh majikan ketika pembukaan akaun bank. Sila rujuk pihak bank dan memastikan No BRN dan No akaun adalah tepat bagi mengelakkan sebarang kesulitan
  • iSalinan pendaftaran SSM / ROS / ROB / PBT atau lain-lain pertubuhan 
  • Akuan Pengisytiharan PSU3.0
MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan lanjut hendaklah menghubungi Pegawai Perkhidmatan Pelanggan PERKESO di talian 1-300-22-8000

Semoga info ini bermanfaat bagi setiap pembaca. Semoga berjaya!






Post a Comment

0 Comments