SEMAKAN ONLINE
i-Lestari 2021: Permohonan Baharu i-Lestari KWSP RM50 Sehingga RM500 Sebulan
Tempoh pengeluaran i-Lestari KWSP berkuatkuasa pada tempoh 1 April 2020 sehingga 3 Mac 2021. Ini bermakna, kepada ahli KWSP, anda boleh membuat pengeluaran i-Lestari anda.
Kepada yang ingin membuat pengeluaran i-Lestari, kami akan kongsikan cara mudah bagi membuat pengeluaran i-Lestari secara atas talian.
Kepada pemohon i-Sinar yang tidak lulus, anda boleh membuat pengeluaran i-Lestari yang berjumlah daripada RM50 sehingga RM500.
TARIKH/JUMLAH PENGELUARAN I-LESTARI
Tarikh pengeluaran : sehingga 31 Mac 2021
Jumlah yang boleh dikeluarkan : RM50 sehingga RM500
PANDUAN PERMOHONAN BAHARU I-LESTARI KWSP
Berikut adalah panduan atau cara-cara untuk membuat permohonan baharu i-Lestari KWSP 2021 secara atas talian:
Berikut adalah panduan atau cara-cara untuk membuat permohonan baharu i-Lestari KWSP 2021 secara atas talian:
- Layari laman web ilestari.kwsp.
- Klik "PERMOHONAN BAHARU"
- Isikan Nama Penuh, No Mykad, No Telefon Bimbit, Alamat e-mel, Alamat dan Poskod
- Pilih jumlah amaun dimohon sebulan (RM)
- Pilih Bank dan Masukkan Nombor Akaun Bank (Simpanan/Semasa) Aktif
- Tanda pada kotak pengesahan pengakuan pemohon
- Baca dan fahami perakuan pemohon dan tekan butang setuju
- Pastikan semua maklumat yang diisi adalah betul dan tepat sebelum menekan butang hantar
- Permohonan pengeluaran anda telah berjaya dihantar
INFO TAMBAHAN
- Pastikan anda mengisi maklumat dengan tepat & betul sebelum menghantar permohonan. MAKLUMAT tidak dapat ditukar selepas menghantar permohonan.
- Selepas itu, semakan anda boleh dibuat selepas tempoh 2 hari daripada tempoh membuat permohonan
SEMAKAN STATUS
- Masuk ke laman web i-Lestari
- Pilih "Semak Permohonan"
- Sila masukkan nombor telefon & Mykad
- Klik pada butang semak
- Status permohonan anda kan dipaparkan
Berikut di atas adalah cara untuk membuat permohonan i-Lestari KWSP dan cara membuat semakan status permohonan.
Semoga berjaya!
Post a Comment
0 Comments