SEMAKAN ONLINE
i-Suri KWSP: Panduan Permohonan Online i-Suri Kwsp RM480 Setahun Bagi Tahun 2021
Kepada anda yang bergelar suri rumah, berikut adalah berita baik kepada golongan suri rumah yang berkelayakan untuk membuat permohonan bantuan i-Suri KWSP bagi tahun 2021. Dengan bantuan ini, anda akan mendapat bantuan RM480 setahun. Menarik kan?
Dibawah dikongsikan panduan membuat permohonan i-Suri KWSP 480 setahun untuk tahun 2021.
Untuk pengetahuan anda, i-Suri merupakan caruman sukarela bagi suri rumah yang berkelayakan dan berdaftar di bawah sistem e-Kasih.
PERMOHONAN I-SURI KWSP TAHUN 2021
Sila baca dan pahami dengan teliti cara-cara membuat permohonan i-Suri KWSP tahun 2021 dibawah
Sila baca dan pahami dengan teliti cara-cara membuat permohonan i-Suri KWSP tahun 2021 dibawah
PANDUAN PERMOHONAN I-SURI KWSP 2021
Kepada golongan suri rumah yang berkelayakan untuk memohon bantuan ini, anda dikehendaki untuk membawa Mykad dan 2 borang seperti dibawah:
- Borang i-Suri - KWSP 16G (M). (Untuk pendaftaran kali pertama sahaja)
- Borang i-Suri - KWSP 6A (2). (Semasa pembayaran)
SYARAT KELAYAKAN UNTUK MEMOHON
Baca dengan teliti syarat kelayakan untuk memohon
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
- Golongan suri rumah yang berdaftar dengan e-Kasih daripada 30 November 2018.
- Pemohon mestilah belum mencapai umur 60 tahun.
- Mencarum di KWSP sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun.
- Isteri kepada ketua isi rumah (KIR/Wanita(KIR)
MANFAAT SEKIRANYA MENDAPAT INSENTIF I-SURI KWSP
Berikut adalah manfaat insentif i-Suri KWSP:
- Penerima bantuan kerajaan sebanyak RM200 pada tahun 2018, dan RM480 pada setiap tahun setelah itu.
- Mencarum dalam apa-apa amaun dan pada bila-bila masa dengan mengikut kemampuan mereka dan masih boleh membuat pengeluaran mengikut dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh kerajaan.
- Mendapat dividen tahunan KWSP.
- Mendapat bantuan kematian sebanyak RM2,500.00
SALURAN BAYARAN I-SURI KWSP 2021
1) PERBANKAN INTERNET
-Pemindahan wang secara elektronik:
- Maybank
- Public Bank
- RHB Bank
2) KAUNTER EJEN BANK
-Tunai/Cek
- BSN
- Maybank
- Publick Bank
- RHB Bank
3) KAUNTER KWSP
Tunai (maksimum RM500) / Cek di semua kaunter KWSP ibu negeri
INFO LANJUT
Kepada pemohon yang ingin mengajukan sebarang soalan atau maklumat yang berkaitan i-Suri KWSP, sila hubungi pusat pengurusan perhubungan 03-8922 6000 atau layari terus portal www.kwsp.gov.my
Kepada semua pemohon i-Suri KWSP, semoga mendapat manfaat dengan perkongsian kami tentang cara-cara memohon i-Suri KWSP tahun 2021. Semoga berjaya!
Post a Comment
0 Comments