Langkah Mudah Yang Anda Kena Tahu Untuk Membeli Rumah PR1MA 2021 Menggunakan Simpanan KWSP



PENGENALAN PROGRAM PERUMAHAN PR1MA

Pada tahun 2012 lalu, program perumahan rakyat 1 Malaysia PR1MA telah ditubuhkan bagi merancang, membangunkan, membina dan mengekalkan perumahan bermutu tinggi kepada penduduk yang tinggal di kawasan bandar utama tetapi berpendapatan isi rumah sederhana atau golongan M40.

Untuk pengetahuan anda, kepada para pencarum KWSP anda sebenarnya boleh memiliki rumah PR1MA pertama anda dengan menggunakan simpanan semasa dan simpanan di kemudian hari. Permohonan program perumahan ini boleh dimohon sebelum mencapai umur sasaran melalui simpanan KWSP. Menarik kan?

Dengan itu, kami akan mengongsikan tentang cara-cara atau langkah yang anda kena tahu untuk membeli/memilki rumah PR1MA 2021 dengan menggunakan wang simpanan KWSP anda.

SYARAT KELAYAKAN MEMOHON

Untuk memohon pengeluaran wang KWSP bagi membeli rumah PR1MA, pencarum hendaklah memenuhi syarat-syarat dan kriteria kelayakan sebelum memohon. Berikut dikongsikan syarat-syarat kelayakan sebelum memohon:

Mestilah warganegara Malaysia
Berumur di bawah 55 tahun
Pembeli rumah PR1MA
Mendapatkan pinjaman daripada Skim Pembiayaan Fleksibel PR1MA (SPEF)
Tidak pernah melakukan pengeluaran bagi perumahan atau pernah membuat pengeluaran untuk perumahan TETAPI sudah menjual/melepaskan hak milik harta

KONSEP ATAU KAEDAH PENGELUARAN PERUMAHAN PR1MA

Baca dan pahami segala informasi pengeluaran KWSP untuk membeli rumah sebelum melakukan sebarang pengeluaran.

1) PPP melibatkan dua (2) proses utama iaitu: 
  • Hadangan simpanan ke atas Akaun 2 KWSP ahli
  • Pengeluaran PPP 
2) Apabila permohonan hadangan diluluskan, Akaun 2 ahli akan kekal dihadang selagi tidak dibatalkan dan tiada pengeluaran pra-persaraan boleh diluluskan sepanjang tempoh berkenaan. 

3) Hadangan simpanan bagi tujuan Pengeluaran Perumahan PR1MA akan dilepaskan / ditamatkan dalam keadaan berikut: 

a. Ahli telah mencapai umur 55 tahun; 
b. Ahli membuat Pengeluaran Pekerja Berpencen, Pengeluaran Hilang Upaya dan Pengeluaran Meninggalkan Negara; 
c. Ahli meninggal dunia dan waris / penama ahli membuat Pengeluaran Kematian; atau 
d. Arahan / Kebenaran bertulis daripada Institusi Kewangan. 

4) Bayaran Pengeluaran PPP dibuat secara bulanan mengikut amaun yang ditentukan oleh ahli dan dipersetujui bersama Institusi Kewangan. 

a. Tertakhluk kepada pilihan ahli, ahli juga boleh membuat pengeluaran sebahagian (partial) atau kesemua simpanan dari Akaun 2 bagi tujuan mengurangkan baki pinjaman perumahan PR1MA ini. 
b. Amaun pengeluaran dipohon adalah tertakhluk kepada kadar minimum RM 50.00. 

5) Ahli boleh menstuktur semula amaun bayaran Akaun 2 bulanan pada bila-bila masa dengan persetujuan Institusi Kewangan. 

6) KWSP akan membayar kesemua amaun yang berada di dalam Akaun 2 ahli jika baki Akaun 2 kurang daripada amaun bayaran bulanan yang ditentukan ahli; tertakhluk kepada bayaran minimum RM 50.00. 

7) Jika rumah ahli dijual melalui prosiding halang tebus (foreclosure) oleh Institusi Kewangan, simpanan Akaun 2 akan terus dihadang melainkan kebenaran bertulis oleh Institusi Kewangan diberikan kepada KWSP untuk menamatkan hadangan. 

8) PENTING! 

a. KWSP tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kelewatan / ketiadaan bayaran kepada Institusi Kewangan yang berkemungkinan disebabkan oleh:

i. Ketiadaan caruman bulanan; atau 
ii. Kelewatan pengkreditan caruman atas apa-apa sebab; atau 
iii. Pembekuan akaun atas perintah mahkamah berhubung Tuntutan Harta Perkahwinan atau perintah perlucuthakkan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram. Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA) ke atas simpanan ahli atau pembekuan atas sebab-sebab lain. 

b. Apabila ahli telah mencapai umur 55 tahun atau layak membuat pengeluaran kesemua simpanan melalui skim Pengeluaran KWSP, ahli adalah bertanggungjawab untuk menyelesaikan baki pinjaman perrumahan PR1MA tersebut (jika ada) secara terus dengan Institusi Kewangan.

LANGKAH PERMOHOHONAN 

Langkah 1 
Langkah pertama adalah, anda perlu melalakukan pendaftaran akaun di https://register.pr1ma.my/Account/Register. 

LANGKAH 2
Setelah itu, sila tunggu surat tawaran pembelian dan mohon pinjaman daripada institusi kewangan.

LANGKAH 3
Sila hantar permohonan yang diluluskan bagi:
  • Hadangan simpanan
  • Pengeluaran PPP 
  • Penstrukturan semula
  • Pembatalan hadangan simpanan
LANGKAH 4 
Pihak KWSP akan memproses permohonan ahli yang diterima daripada institusi kewangan.
Akan dimaklumkan kepada ahli melalui SMS/Mesej sekuriti i-Akaun/Notis

MAKLUMAT LANJUT

Jika anda ada sebarang pertanyaan tentang pengeluaran simpanan KWSP untuk membeli perumahan PR1MA, anda boleh mengemukakan soalan di:
  • Mana-mana cawangan KWSP yang berhampiran
  • Pusat pengurusan perhubungan KWSP di talian 03-8922-6000
  • Maklum balas pelanggan di http://enquiry.kwsp.gov.my
Semoga dengan perkongsian ini akan bermanfaat. Semoga berjaya!

Post a Comment

0 Comments