Cara Buat Aduan Jika Majikan Gagal Membuat Bayaran Caruman KWSP



MAJIKAN DIWAJIBKAN UNTUK MEMBUAT BAYARAN CARUMAN KWSP

Majikan seharusnya meneliti tentang permasalahan ini kerana majikan diwajibkan untuk membuat bayaran caruman KWSP mengikut kadar semasa yang telah dinyatakan di dalam Akta KWSP 1991 dan peraturan dan kaedah KWSP 1991.

Jika majikan gagal membuat caruman bagi pekerja, majikan boleh didakwa serta pekerja boleh mendapatkan semula jumlah caruman yang sepatutnya dibuat oleh majikan.

SEBAGAI CONTOH: Razlan telah bekerja di sebuah syarikat swasta selama 1 tahun dan Razlan baru  mendapati bahawa majikanya tidak membuat caruman KWSP bagi pekerja. Oleh itu, Razlan boleh membuat aduan dengan menghantar dokumen-dokumen yang diperlukan.


HUKUMAN KEPADA MAJIKAN YANG TIDAK MEMBUAT CARUMAN KWSP
ADUAN YANG DIBUAT JIKA MAJIKAN GAGAL MEMBAYAR CARUMAN KWSP

Berikut adalah aduan yang boleh dibuat oleh pekerja jika di dalam situasi seperti:
  • Majikan tidak membuat caruman untuk anda
  • Memotong caruman syer pekerja daripada gaji pekerja dan tidak membayar kepada Kwsp
  • Jumlah caruman yang sepatutnya dibayar untuk anda adalah kurang daripada jumlah yang telah ditetapkan
  • Majikan tidak mengikut tempoh yang telah ditetapkan untuk membayar caruman bagi pihak anda
  • Maklumat yang diisi oleh majikan di dalam borang caruman adalah tidak lengkap dan salah.
SENARAI DOKUMEN YANG DIPERLUKAN UNTUK MEMBUAT ADUAN
  • Muat turun borang aduan (KWSP 1879) http://bit.ly/KWSPBorangAduan.
  • Salinan kontrak perkhidmatan / Surat perlantikan
  • Salinan slip gaji / baucar bagi tempoh aduan
  • Lain-lain dokumen yang menunjukkan hubungan majikan & pekerja.
MAKLUMAN: Sebelum anda datang untuk menghantar borang aduan, anda haruslah membuat janji temu secara atas talian di https://www.kwsp.gov.my/ms/janjitemu

MAKLUMAT LANJUT

Bagi anda yang ingin mengemukakan soalan tentang majikan yang tidak mencarum, anda boleh menghubungi talian 03-8922 6000 dari pukul 8 pagi - 5 petang pada waktu bekerja. 

Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada semua pembaca.



Post a Comment

0 Comments