Bantuan Prihatin Rakyat: Semakan & Permohonan Baharu Serta Tarikh Pembayaran BPR 2021




Bagi pengetahuan anda, Kementerian Kewangan Malaysia telah menetapkan tarikh tutup permohonan bagi Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) pada 15 Februari 2021. Tetapi, ekoran penularan wabak Covid-19 yang makin serius di negara kita sehigga kerajaan terpaksa mengumumkan tentang perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hampir di seluruh negara kecuali Sarawak. 

Oleh itu, kerajaan memustuskan untuk mengambil lankah-langkah inisiatif bagi meringankan beban rakyat semasa tempoh perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Berita baik untuk anda, Menteri Kewangan Malaysia Tengku Zafrul Aziz telah mengumumkan mengenai tarikh akhir permohonan baharu serta kemaskini untuk Bantuan Prihatin Nasional (BPR) telah dilanjutkan sehingga 25 Februari 2021 yang jatuh pada hari Khamis.

Lanjutan tempoh permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) akan memberikan lebih banyak masa untuk pemohon yang tidak lulus dan mereka yang belum pernah menerima BPR sebelum ini akan boleh membuat permohonan baru sebelum tempoh tutup permohonan.

PERMOHONAN BAHARU

Permohonan baharu boleh dilakukan sekiranya pemohon:
  • Tidak pernah menerima Bantuan Sara Hidup (BSH)
  • Tidak pernah menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 
  • Isi rumah berpendapatan RM5,000.0 ke bawah sebulan 
  • Golongan yang mudah terjejas, bagi yang layak memohon kerana perubahan status pendapatan ekoran penularan wabak Covid-19
MAKLUMAN: Kepada penerima yang lulus BPN atau BSH 2020, anda tidak perlu untuk melakukan permohonan baharu/kemaskini sekiranya tiada sebarang perubahan maklumat.

SYARAT KELAYAKAN UNTUK MEMOHON BPR 2021

Dibawah, anda perlu membaca syarat kelayakan yang ditetapkan BPR 2021 bagi kategori isi rumah & bujang.

Syarat yang ditetapkan bagi kategori isi rumah adalah seperti berikut:

1) PEMOHON 
  • Pemohon mestilah warganegara Malaysisa
  • Lelaki@wanita yang menjadi ketua keluarga bagi isi rumah & bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan bulanan isi rumah RM5,000.0 ke bawah. 
2) PASANGAN 
  • Pasangan mestilah warganegara Malaysia atau memiliki (MyPR/MyKAS)
  • Bukan warganegara Malaysia selain pengenalan (MyPR/MyKAS).
3) ANAK (sekiranya ada anak)
  • Berstatuskan anak kandung (termasuk anak tidak sah taraf) atau anak angkat yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sahaja.
  • Warganegara Malaysia yang memiliki (MyKad/MyKid) 
  • Anak yang tidak bekerja dan tidak mempunyai pendapatan.
  • Had umur anak adalah 17 tahun ke bawah atau 18 tahun ke atas bagi pelajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Awam atau Swasta.
4) BUJANG
  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia (Mykad) yang menetap di Malaysia.
  • Berpendapatan bulanan RM2,500.0 ke bawah 
  • Lelaki atau wanita yang berumur 21 tahun hingga 59 tahun atau 18 tahun sehingga 59 tahun (bagi kategori OKU)
LANGKAH MEMBUAT PERMOHONAN BARU BPR 2021

Berikut adalah cara untuk membuat permohonan baru BPR 2021:
  1. Anda boleh membuat permohonan secara atas talian di portal https://bpr.hasil.gov.my/PermohonanBPR.aspx.
  2. Muat turun borang dan cetak borang menerusi https://bpr.hasil.gov.my/.
  3. Anda boleh hadir ke mana-mana cawangan berdekatan seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM dan Pusat transformasi bandar (UTC) bagi mengisi dan mengemukakan borang permohonan BPR 2021.
Untuk mengemaskini pula, sila baca di bawah tentang langkah-langkah untuk mengemaskini BPR 2021:
  1. Layari portal https://bpr.hasil.gov.my/.
  2. Klik pada log masuk
  3. Masukkan nombor kad pengenalan dan klik pada butang "semak"
  4. Masukkan kata laluan anda dan klik butang "log masuk"
  5. Sila klik pada bahagian "kemaskini permohonan"
  6. Selepas itu, muat naik dokumen yang diperlukan
  7. Setelah itu, masukkan makluamat dan klik pada butang "teruskan"
  8. Isi "Captcha" dan klik pada butang "Sahkan Captcha"
  9. Klik "hantar"
DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN

Di bawah adalah dokumen sokongan yang diperlukan bagi membuat permohonan BPR 2021:

1) PEMOHON
  • Salinan Sijil Perkahwinan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri/JPN
  • Salinan Sijil Kematian pasangan yang dikeluarkan oleh JPN
  • Sijil Perceraian (asal dan salinan) yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri/JPN
  • Salinan Sijil Dekri Nisi/Dekri Nisi Mutlak yang dikeluarkan oleh Mahkamah
  • Salinan Kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
2) PASANGAN
  • Salinan pengenalan Pasangan (MyKad/MyPR/MyKAS)
  • Salinan Pasport/Visa/UNHCR/Pas Sempadan.
3) ANAK
  • Anak Kandung: Salinan MyKad/MyKid dan salinan Sijil Lahir
  • Anak Angkat: Salinan MyKad/MyKid dan salinan Sijil Daftar Anak Angkat yang dikeluarkan oleh JPN.
MAKLUMAT LANJUT

Bagi pemohon yang ingin mengemukakan soalan atau pertanyaan, sila hubungi pihak LHDNM di talian 1-800-88-2747 atau melayari portal https://bpr.hasil.gov.my/. 

Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada semua. Semoga berjaya!

Post a Comment

0 Comments