Bantuan RM500 Kepada 20,000 Pemandu Teksi, Kereta Sewa Dimulakan Hari Ini (22 Februari 2021)



Baru-baru ini, Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yasin telah mengumumkan 22 inisiatif kerajaan bagi melindungi ekonomi dan kesejahteraan rakyat melalui Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI).

Bantuan RM500 kepada pemandu teksi, kereta sewa adalah salah satu daripada 22 inisiatif kerajaan yang akan diagihkan bermula hari ini 22 Februari 2021.

Hari ini, seramai 20,000 pemandu teksi, kereta sewa telah menerima bayaran pertama Pekej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI).

Menteri Kewangan Malaysia - Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, pakej bantuan tersebut telah diterima dan akan terus dikreditkan ke dalam akaun pemandu-pemandu yang terlibat.

Baki kepada 15,000 individu yang terlibat daripada bantuan itu akan menerimanya secara berperingkat selewat-lewatnya 15 Mac 2021.

Manakala, 75,000 baki penerima termasuk pemandu e-hailing, bas sekolah dan bas persiaran akan mula menerima bantuan daripada Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia secara berperingkat bermula pada 26 Februari 2021.

Kerajaan juga berharap dengan adanya pakej-pakej bantuan ini akan membantu bagi golongan yang terkesan akibat perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) contohnya kepada sektor ekonomi pengankutan seperti pemandu teksi, kereta sewa, bas persiaran, bas sekolah dan e-hailing.

Kerajaan akan memberikan bantuan-bantuan yang akan bermanfaat bagi golongan tersebut sementara Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilaksanakan.

Untuk kesemuanya, jumlah bantuan daripada pakej ini adalah melibatkan RM55 juta.

Sumber - Astro Awani


Post a Comment

0 Comments