SEMAKAN ONLINE
Kemaskini & Panduan Permohonan Baru Bantuan Prihatin Rakyat BPR 2021
Menteri Kewangan Malaysia mengumumkan tentang BSH yang digantikan kepada Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dalam pembentangan Belanjawan 2021.
Bantuan ini akan diberikan kepada golongan yang terkesan dengan penularan wabak Covid-19.
Yang menariknya lagi, jumlah bantuan ditambah dari sebelumnya dari tahun ke tahun.
Kami akan kongsikan tentang panduan untuk memohon dan mengemaskini Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).
MAKLUMAT TENTANG PERMOHONAN BPR 2021
Berikut adalah tempoh permohonan & tempoh mengemaskini Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)
- Tempoh Permohonan dan Pengemaskinian Bantuan Prihatin Rakyat 2021 (BPR 2021) mulai 15 Januari 2021 hingga 15 Februari 2021 (tarikh tutup tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa).
- Pemohon disarankan untuk membuat permohonan secara dalam talian berikutan pandemik Covid-19 dan bagi memastikan pematuhan prosedur pencegahan Covid-19 yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) termasuk penjarakan sosial.
Pemohon yang harus mengemaskini permohonan adalah
- Pemohon BSH 2020 atau Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 yang lulus
Pemohon yang perlu membuat permohonan baru adalah
- Pemohon yang tidak menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) atau Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 dan berpendapatan RM5,000 ke bawah
CARA MENGEMASKINI BANTUAN PRIHATIN RAKYAT (BPR)
1) Layari https://bpr.hasil.gov.my/
2) Kemudian "log masuk"
3) Selanjutnya, masukkan nombor kad pengenalan & password
4) Klik "Kemaskini Permohonan"
5) Isi maklumat yang ingin ditambah atau di ubah
6) Muatnaik dokumen sokongan
SOALAN LAZIM
Bilakah permohonan baru akan dibuka?
Bermula 15 Januari sehingga 15 Februari 2021.
Apakah URL rasmi portal BPR?
https://bpr.hasil.gov.my
Siapa yang perlu kemaskini BPR 2021?
Sekiranya anda penerima BSH 2020 dan BPN 2.0, anda hanya perlu kemaskini tanpa perlu membuat permohonan baru.
Sekiranya anda penerima BSH 2020 dan BPN 2.0, anda hanya perlu kemaskini tanpa perlu membuat permohonan baru.
Bilakah permohonan baru akan dibuka?
Bermula 15 Januari sehingga 15 Februari 2021.
Apakah URL rasmi portal BPR?
https://bpr.hasil.gov.my
Post a Comment
1 Comments
Omar bin Abdul hamid
ReplyDelete