SEMAKAN ONLINE
Panduan Permohonan Rumah Mampu Milik 2021 Bagi Golongan B40 Secara Online
Permohonan Online Rumah Mampu Milik Bagi Golongan B40 Tahun 2021. Adakah anda berhasrat untuk memiliki rumah sendiri dengan harga yang berpatutan? Berita baik bagi rakyat Malaysia yang berkelayakan untuk memiliki rumah pertama sendiri.
LANGKAH-LANGKAH MEMBUAT PENDAFTARAN PERUMAHAN PPR, MYHOME, PR1MA & RUMAH TRANSIT 2021 SECARA ONLINE
Langkah 1. Daftar Akaun
Langkah 2. Buat Pengesahan
Langkah 1. Daftar Akaun
- Untuk pendaftaran, anda perlu membuat pendaftaran akaun menerusi laman sesawang di https://sprn.kpkt.gov.my/user/register.
- Masukkan maklumat nama, no kad pengenalan dan emel. Seterusnya, klik butang daftar.
Langkah 2. Buat Pengesahan
- Pemohon akan menerima email dari PENDAFTARAN AKAUN SKIM PERUMAHAN MAMPU MILIK untuk mengaktifkan akaun yang telah didaftarkan.
- Pastikan pemohon klik pautan yang berwarna biru seperti gambar di bawah untuk pengaktifan akaun dan penetapan kata laluan anda.
- Masukkan tetapan kata laluan. Sila pastikan ruangan ‘Pengesahan Kata Laluan’ adalah sama dengan ruangan ‘Kata Laluan’. Seterusnya, klik butang simpan.
Langkah 3. Log Masuk
- Masukkan no kad pengenalan dan kata laluan yang telah disetkan pada ruangan. Kemudian, log masuk akaun tersebut.
Langkah 4. Pilih Skim Perumahan
- Untuk permohonan, anda perlu mengenalpasti dan memilih skim perumahan yang ditawarkan. Klik pautan pilih skim.
- Sila baca syarat dan kelayakan pemohon untuk setiap skim sebelum membuat permohonan. Terdapat maklumat senarai projek yang dibuka untuk permohonan pada bahagian kanan pilihan skim. Seterusnya, klik butang ‘Pilih Skim’.
Langkah 5. Maklumat Pemohon
- Klik pautan maklumat pemohon.
- Masukkan maklumat pemohon yang diperlukan dan klik butang “Simpan”. Maklumat mandatori hendaklah diisi sehingga ikon berwarna hijau.
Langkah 6. Pilih Projek
- Klik pautan Projek untuk memohon projek.Langkah 7. Dokumen Sokongan
- Klik pautan Dokumen Sokongan untuk muat naik dokumen sokongan permohonan.
Langkah 8. Pengesahan
A. Program Perumahan Rakyat (PPR)
Program Perumahan Rakyat atau ringkasnya PPR adalah satu program kerajaan untuk penempatan semula setinggan dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah (B40). Program perumahan ini terdiri daripada 2 kategori iaitu PPR Disewa dan PPR Dimiliki. Rumah-rumah PPR Dimiliki dijual pada harga RM 35,000.00 seunit di Semenanjung Malaysia manakala RM42,000 seunit di Sabah dan Sarawak.
B. Skim Rumah Transit
Program Rumah Transit bertujuan untuk memberi kemudahan secara sementara kepada pasangan muda yang telah berkahwin dan berumur antara 18 tahun hingga 30 tahun. Rumah ini disewakan dengan kadar sebanyak RM250 sebulan bagi tempoh sewaan permulaan selama dua tahun.
C. Skim Perumahan Mampu Milik Swasta (MyHome)
Skim Perumahan Mampu Milik Swasta atau dikenali sebagai MyHome menawarkan insentif sehingga RM30,000 seunit yang memberi faedah kepada para pembeli rumah dan pemaju swasta.
- Klik pautan Pengesahan untuk hantar permohonan.
SYARAT KELAYAKAN UNTUK MEMOHON DAN SENARAI PROGRAM PERUMAHAN
Program Perumahan Rakyat atau ringkasnya PPR adalah satu program kerajaan untuk penempatan semula setinggan dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah (B40). Program perumahan ini terdiri daripada 2 kategori iaitu PPR Disewa dan PPR Dimiliki. Rumah-rumah PPR Dimiliki dijual pada harga RM 35,000.00 seunit di Semenanjung Malaysia manakala RM42,000 seunit di Sabah dan Sarawak.
B. Skim Rumah Transit
Program Rumah Transit bertujuan untuk memberi kemudahan secara sementara kepada pasangan muda yang telah berkahwin dan berumur antara 18 tahun hingga 30 tahun. Rumah ini disewakan dengan kadar sebanyak RM250 sebulan bagi tempoh sewaan permulaan selama dua tahun.
C. Skim Perumahan Mampu Milik Swasta (MyHome)
Skim Perumahan Mampu Milik Swasta atau dikenali sebagai MyHome menawarkan insentif sehingga RM30,000 seunit yang memberi faedah kepada para pembeli rumah dan pemaju swasta.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi di talian: Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Aras 30-38, No. 51 Persiaran Perdana, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Presint 4, 62100 Putrajaya
MyHome Tel: 03-8891 4027 / 4054 / 4055 / 4062
PPR Tel: 03-8891 4052 / 4059 / 4384
Rumah Transit Tel: 03-8891 4052 / 4061 / 4400
Tel: 03-8891 4475/ 03-8891 4200
Emel: teduh@kpkt.gov.my

Post a Comment
0 Comments