SEMAKAN ONLINE
Semakan Status Kemasukan Duit i-Lestari KWSP Bagi Bulan Januari 2021 Beserta Jadual Pembayaran
PENGELUARAN I-LESTARI KWSP
Pengeluaran i-Lestari merupakan satu kemudahan kewangan yang disediakan oleh kerajaan dalam usaha untuk membantu mengurangkan tekanan kewangan rakyat Malaysia ekoran penularan wabak Covid-19.
SEMAKAN STATUS KEMASUKAN DUIT I-LESTARI KWSP BAGI BULAN JANUARI 2021
- Kepada pemohon yang memohon untuk mengeluarkan duit i-Lestari KWSP pada bulan April 2020 lalu, bayaran akan dibuat bermula pada 4 Mei 2020.
- Kepada pemohon yang memohon selepas bulan April 2020, bayaran pengeluaran bermula dari tarikh permohonan pengeluaran yang diterima oleh KWSP.
- Pembayaran kesembilan (Bulan Januari 2021) pembayaran dijangka akan dikreditkan ke akaun penerima pada 4 Januari 2021.
KONSEP AM PENGELUARAN I-LESTARI KWSP
- Kepada pemohon yang mendapatkan kelulusan diterima pada bulan April 2020, kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah bilangan maksimum selama 12 bulan.
- Kepada pemohon yang mendapatkan kelulusan diterima pada bulan September 2020, kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah selama 7 bulan
- Kepada pemohon yang mendapatkan kelulusan diterima pada bulan Mac 2020, kelayakan bilangan pengeluaran adalah selama 1 bulan.
KONSEP AM PEMBAYARAN I-LESTARI KWSP
- Pengeluaran adalah daripada Akaun 2 sahaja.
- Bayaran pengeluaran akan dibuat secara bulanan dan berulang (recurring) untuk bulan-bulan berikutnya tertakluk kepada kelayakan bilangan bulan pengeluaran seperti di item (C).
- Kelayakan bilangan bulan pengeluaran dikira bermula dari tarikh penerimaan permohonan pengeluaran yang diluluskan oleh KWSP sehingga tamat tempoh kuatkuasa Pengeluaran i-Lestari KWSP iaitu 31 Mac 2020.
CARA SEMAK STATUS I-LESTARI KWSP SECARA ONLINE
- Layari portal rasmi i-Lestari secara online menerusi pautan di https://ilestari.kwsp.gov.my/check-status.php
- Lalu, masukkan nombor kad pengenalan dan nombor telefon bimbit yang disahkan.
- Setelah itu, klik pada "Saya bukan robot" dan klik pada butang "Semak".
MAKLUMAT LANJUT
Untuk keterangan lanjut tentang Pengeluaran i-Lestari KWSP, sila layari ke laman
Post a Comment
0 Comments