SEMAKAN ONLINE
JKM : Panduan Membuat Permohonan Bantuan Warga Emas RM500 JKM 2021
Menteri Kewangan Malaysia Dato Sri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz mengumumkan tentang Bantuan Warga Emas yang dinaikkan daripada RM350 yang diberikan sebelum ini.
Bantuan ini diuruskan oleh JKM yang merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Bantuan ini bertujuan untuk meneruskan kelangsungan hidup dan kesejahteraan dalam komuniti.
SYARAT KELAYAKAN UNTUK MEMOHON
Orang tua atau warga emas yang mahu memohon bantuan ini perlulah memenuhi syarat kelayakan seperti
- Pemohon ialah warganegara dan bermastautin di Malaysia.
- Orang tua atau warga emas berumur 60 tahun dan ke atas.
- Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa; dan
- Warga emas yang bukan tinggal di:
ii) Pusat jagaan harian/berkediaman yang memberi kemudahan/ perkhidmatan secara percuma
- Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.
CARA UNTUK MEMOHON BANTUAN WARGA EMAS
Bagi membuat permohonan bantuan ini, permohonan perlulah dibuat secara atas talian
Bagi membuat permohonan bantuan ini, permohonan perlulah dibuat secara atas talian
- http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/Awam/BorangPermohonan_Panduan.jsp.
- Klik pada butang ‘Daftar Permohonan.’
- Masukkan negeri tempat tinggal dan no kad pengenalan.
- Setelah selesai, klik butang ‘Daftar.’
- Dalam 14 hari, sila ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat yang berhampiran. Senarai direktori pejabat boleh dirujuk melalui link http://www.jkm.gov.my/jkm/index.php?r=portal/directory&id=UzlRTjkxUVFUa2Q5a0hFVm1UQXZuUT0.
- Bawa bersama dokumen yang diperlukan.
- Dokumen Yang Diperlukan
- Salinan kad pengenalan diri pemohon.
- Salinan kad pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama.
- Salinan sijil kelahiran anak-anak/ahli keluarga yang tinggal bersama
- Salinan penyata gaji (jika ada)
- Lain-lain dokumen yang berkaitan.
Post a Comment
1 Comments
seharus nya pandangan sya separuh drp simpanan pencarum boleh di benarkn pengeluaran agar dpt meringankn bebanan utk khidupan pencarun serta meringankn dr segi urusan khidupan. amin
ReplyDelete