SEMAKAN ONLINE
Cara Memohon Perumahan PPR Online Program Perumahan Rakyat Di Ulu Perasan, Kota Belud Sabah
Tahukah anda? Kepada isi rumah yang berpendapatan bawah RM3000 sebulan, anda mampu memiliki rumah dibawah Skim Program Perumahan Rakyat (PPR). Menarik kan?
Program Perumahan Rakyat (PPR) adalah satu program kerajaan untuk penempatan semula setinggan dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah. Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan merupakan pusat agensi bagi program PPR di seluruh negara.Program Perumahan Rakyat (PPR) terdiri daripada 2 katogeri iaitu PPR disewa dan PPR dimiliki.
BAGAIMANA UNTUK MEMOHON
- Pastikan pemohon yang ingin untuk membuat permohonan PPR Disewa, Pemohon haruslah terlebih dahulu untuk membuat akaun seperti link yang telah disediakan. Pastikan pemohon klik link yang disediakan.
- SISTEM PENGURUSAN PERUMAHAN RUMAH NEGARA.
- pastikan pemohon mengisi maklumat yang di perlukan seperti nama, no kad pengenalan, dan Alamat e-mail.
- Pastikan e-mail yang anda didaftarkan adalah betul dan masih aktif.
- Pemohon akan menerima email dari PENDAFTARAN AKAUN SKIM PERUMAHAN MAMPU MILIK untuk mengaktikkan akaun yang telah didaftarkan.
- Pastikan pemohon klik pautan yang berwarna biru.
Sila klik pautan yang berwarna biru dan masukkan kata laluan, pastikan anda ingat kata laluan anda
PILIH SKIM PERUMAHAN YANG ANDA MAHU
- Untuk permohonan pastikan pemohon memilih SKIM PPR DISEWA/SKIM PPR DIMILIKI/MYHOME.
- Pastikan pemohon membaca semua syarat-syarat yang diperlukan sebelum klik "pilih skim yang di inginkan".
- Pastikan pemohon mengisi semua maklumat yang diperlukan dan jangan ada yang terlepas.
- Maklumat yang perlu diisi seperti maklumat permohonan, maklumat pendapatan, maklumat pasangan, dan maklumat tanggungan.
DOKUMEN SOKONGAN
- Klik DOKUMEN SOKONGAN untuk menghantar semua maklumat yang di minta sebagai bukti.
- Pastikan semua dokumen yang di hantar adalah dokumen berbentuk PDF dan tidak lebih 3MB.
PENGESAHAN
Dokumen sokongan telah dihantar, seterusnya pemohon boleh membuat pengesahan berkenaan maklumat diisi dan dihantar adalah benar.
Selesai membuat pengesahan, semua pemohon tunggu langkah selanjutnya.
Semoga info ini bermanfaat kepada Warga yang berminat dengan Skim Perumah Rakyat ini. Sila share maklumat ini ke rakan-rakan dan keluarga terdekat.
Post a Comment
0 Comments