ISU SEMASA
RISDA : Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh Bagi Pekebun Kecil Sebanyak RM500 Setiap Orang
PERMOHONAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH BAGI PEKEBUN KECIL
Bantuan ini telah diperkenalkan sejak tahun 2018 yang diumumkan oleh menteri kewangan pada masa itu.
Bantuan ini khas kepada pekebun kecil yang terjejas akibat kejatuhan harga getah dan akan menerima bantuan sebanyak RM500 yang akan dibayar secara one-off daripada RISDA.
SYARAT KELAYAKAN UNTUK MEMOHOH
Di bawah adalah syarat kelayakan untuk memohon bantuan musim tengkujuh.
- Warganegara Malaysia
- Pekebun kecil berdaftar dengan RISDA
- Keluasan 0.1011 hektar hingga 2.5 hektar.
- Pemilik tanah yang sah bagi pemilik pengusaha atau pengesahan dari pemilik tanah yang sah bagi penoreh bukan pemilik
- 1 Lot hanya seorang pekebun kecil sahaja
- Seorang pekebun kecil hanya layak menerima bantuan ini sekali sahaja
- Mempunyai kad permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah (bagi penoreh bukan pemilik sahaja)
SEMAK SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH RISDA
- Masuk ke laman web RISDA.
- Masukkan NOMBOR KAD PENGENALAN anda
- Kemudian klik SEMAK
- Paparan status permohonan akan keluar pada skrin anda.
CARA UNTUK MEMOHON BANTUAN MUSIM TENGKUJUH
Permohonan ini hanya boleh dipohon secara manual dan perlu melengkapkan borang bantuan
- Kad pengenalan pemohon dan salinan
- Salinan kad pengenalan Pekebun Kecil (SIC) jika ada
- Geran asal tanah dan salinan
- Salinan buku akaun bank yang aktif
Pemohon penoreh bukan pemilik pula membawa bersama dokumen sokongan seperti berikut
- Kad pengenalan pemohon salinan
- Salinan kad pengenalan pemilik tanah
- Salinan geran lot yang ditoreh
- Salinan kad PAT-G
- Salinan buku akaun bank yang aktif
BORANG BANTUAN MUSIM TENGKUJUH
Sila KLIK SINI untuk memuat turun borang pemohonan bantuan musim tengkujuh RM500.
SOALAN/MAKLUMAT LANJUT
Telefon : 03-42564022
Faks : 03-42576726
Emel : webmaster@risda.gov.my
Post a Comment
0 Comments