LHDN : Cara Membuat Permohonan Baru (GKP) & Semakan Geran Khas Prihatin 2.0 Kini Dibuka!


Geran Khas Prihatin (GKP) 2.0 telah dibuka bermula hari ini iaitu pada 1 - 31 Oktober 2020. 

Program ini dibuat bertujuan bagi membantu para usahawan kecil (PKS) yang terkesan akibat penularan wabak Covid-19.

Kerajaan telah mengeluarkan bajet sebanyak 600,000 juta bagi bagi membantu para usahawan kecil yang terkesan akibat penularan wabak Covid-19.

Bantuan ini diharapkan dapat meringankan beban para usahawan yang layak agar dapat meneruskan pengusahaan dan perkhidmatan.


PEMBUKAAN SEMULA GERAN KHAS PRIHATIN (GKP) 2.0

Bantuan ini hanya kepada usahawan yang belum menerima GKP sebelum ini.

Syarat kelayakan
  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia
  • Masih aktif menjalankan perniagaan
  • Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000
  • Jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 4 orang, tidak termasuk pemilik
Selain itu, pemohon hendaklah yang berdaftar dengan beberapa agensi seperti
  • Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sebelum atau pada 31 Ogos 2020
  • Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Ogos 2020
PERMOHONAN BARU GERAN KHAS PRIHATIN (GKP) 2.0

Permohanan Geran Khas Prihatin (GKP) dibuka bermula 1 - 31 Oktober 2020. Permohonan ini boleh dibuat melalui pautan GKP Hasil.

Permohonan secara manual tidak diterima. Sebelum ini, sebanyak 642,976 pemohon diterima sejak dibuka awal Mei lalu. 

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 488,857 (76 peratus) permohonan telah diluluskan manakala 81,260 (12.6 peratus) permohonan masih dalam proses semakan lanjut agensi. Manakala baki 72,859 (11.3 peratus) permohonan ditolak.

KEPUTUSAN PERMOHONAN

Keputusan permohonan boleh disemak bermula 15 November di Portal yang sama.

TARIKH PEMBAYARAN

Pembayaran akan dibuat bermula 25 November secara one-off sebanyak RM3,000.

Pembayaran akan dibuat terus ke akaun yang telah didaftaran semasa proses permohonan dibuat.

Akaun bank yang didaftarkan mestilah masih aktif.

MAKLUMAT LANJUT PERMOHONAN GKP HASIL

Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan dan ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai Geran Khas Prihatin (GKP), anda boleh layari Laman Web Rasmi LHDNM seperti pautan di bawah ataupun hubungi talian hotline seperti berikut :
  • Portal Rasmi LHDNM
  • Telefon : HASIL Care Line : 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (luar negara)
  • HASIL LIVE CHAT

Post a Comment

7 Comments

  1. Ini bantuan Saya tidak record Saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya semua bantuan tidak boleh macam mane nk mohon

      Delete
  2. Tidak dapat mohon permohonan baru dan daftar baru.

    ReplyDelete
  3. Tidak dapat mohon permohonan baru dan daftar baru.

    ReplyDelete
  4. Bila gkp 2021 buka.nak buat permohonan baru.tq

    ReplyDelete
  5. klau rayuan 2.o skrg ni lulus tpi terletak no akaun bank yg tk aktf mcm mna yer.nak buat ape ..tlg #lhdn ..nak kemas kini akaun bank

    ReplyDelete