Cara Membuat Pendaftaran i-Saraan KWSP Bagi Yang Bekerja Sendiri & Suri Rumah


PANDUAN MEMBUAT PENDAFTARAN I-SARAAN KWSP 



i-Saraan KWSP merupakan insentif daripada kerajaan untuk membolehkan golongan yang bekerja sendiri atau suri rumah (tidak mempunyai pendapatan tetap) dapat melakukan caruman seperti pekerja-pekerja biasa setiap bulan.

Baca juga : Cara Membuat Pendaftaran i-Suri KWSP Untuk Suri Rumah & Terima Insentif RM480 Setahun.

SYARAT KELAYAKAN PENDAFTARAN I-SARAAN KWSP

Berikut adalah syarat-syarat kelayakan sebelum mendaftar i-Saraan KWSP :
  • Mestilah warganegara Malaysia
  • Individu yang bekerja sendiri atau tiada pendapatan tetap, suri rumah dan pekerja berpencen
  • Ahli KWSP
  • Berumur 55 tahun ke bawah
  • Telah membuat pilihan i-Saraan (Menghantar borang KWSP 16G (M))


MAKLUMAN : Kepada suri rumah yang ingin mendaftar, anda dibenarkan untuk memilih satu insentif sahaja dalam satu masa. Sebagai contoh, jika anda suda mendaftar Insentif i-Suri KWSP. Anda perlu membatalkan dahulu sebelum memohon i-Saraan KWSP

PENDAFTARAN I-SARAAN KWSP 

Untuk melakukan pendaftaran, anda boleh hadir ke mana-mana cawangan KWSP yang berdekatan dengan membawa perkara-perkara seperti di bawah :
  • MyKad
  • Borang i-Saraan – KWSP 16G (M) (Pendaftaran kali pertama sahaja)
  • Borang i-Saraan – KWSP 6A (2) (Semasa bayaran)
  • Bayaran dalam tunai dan cek atau melalui perbankan internet (Penggunaan borang tidak diperlukan)
  • Minimum (RM sahaja) – Tiada had
  • Maksimum (RM sahaja) RM60,000 setahun untuk semua Caruman Sukarela (Caruman Pilihan Sendiri, i-Saraan, i-Suri, Caruman Simpanan Tambahan – berkuat kuasa Januari 2013)
Jika mempunyai sebarang pertanyaan, anda boleh mengunjungi laman web rasmi KWSP.

Jangan lupa untuk share info ini ke semua media sosial anda, semoga bermanfaat







Post a Comment

4 Comments