Cara Memohon Perumahan PPR Online Program Perumahan Rakyat Disewa/Dimilki Myhome 2020




Tahukah anda? Kepada isi rumah yang berpendapatan bawah RM3000 sebulan, anda mampu memiliki rumah dibawah Skim Program Perumahan Rakyat (PPR). Menarik kan?


Program Perumahan Rakyat (PPR) adalah satu program kerajaan untuk penempatan semula setinggan dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah. Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan merupakan pusat agensi bagi program PPR di seluruh negara.Program Perumahan Rakyat (PPR) terdiri daripada 2 katogeri iaitu PPR disewa dan PPR dimiliki.



APAKAH CIRI-CIRI PPR?

Ciri-ciri PPR adalah seperti berikut:
  • Jenis rumah bertingkat antara 5 hingga 18 tingkat di kawasan bandar-bandar besa
  • Landed properties di pesisir dan pinggir bandar
  • Keluasan - Tidak kurang 700 kps
  • Binaan - 3 Bilik Tidur, 1 Ruang Tamu, 1 Ruang Dapur, 2 Bilik Air

APAKAH SYARAT KELAYAKAN UNTUK MEMOHON?



SKIM PPR DISEWA :

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 18 tahun ke atas
  3. Pendapatan isi rumah di bawah RM3000 sebulan
  4. Pemohon belum memiliki rumah
  5. Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri

SKIM PPR DIMILIKI : 
  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 18 tahun ke atas
  3. Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan
  4. Pemohon belum memiliki rumah
  5. Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri
SKIM MYHOME :
  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 21 tahun ke atas
  3. Pembelian rumah pertama bagi satu isi rumah. Isi rumah merujuk kepada pasangan suami dan isteri atau bujang sahaja. Pasangan sama ada suami atau isteri yang telah memiliki rumah bagi satu isi rumah adalah TIDAK LAYAK
  4. Pendapatan isi rumah RM10,000 ke bawah
BAGAIMANA CARA UNTUK MEMOHON PPR?




DAFTAR AKAUN PEMOHON

  1. Pastikan pemohon yang ingin untuk membuat permohonan PPR Disewa, Pemohon haruslah terlebih dahulu untuk membuat akaun seperti link yang telah disediakan. Pastikan pemohon klik link yang disediakan.
  2. SISTEM PENGURUSAN PERUMAHAN RUMAH NEGARA.
  3. pastikan pemohon mengisi maklumat yang di perlukan seperti nama, no kad pengenalan, dan Alamat e-mail.


MENGGUNAKAN EMAIL UNTUK MELAKUKAN PENGESAHAN

  1. Pastikan e-mail yang anda didaftarkan adalah betul dan masih aktif.
  2. Pemohon akan menerima email dari PENDAFTARAN AKAUN SKIM PERUMAHAN MAMPU MILIK untuk mengaktikkan akaun yang telah didaftarkan.
  3. Pastikan pemohon klik pautan yang berwarna biru.

CONTOH

Sila klik pautan yang berwarna biru dan masukkan kata laluan, pastikan anda ingat kata laluan anda






PILIH SKIM PERUMAHAN YANG ANDA MAHU

  1. Untuk permohonan pastikan pemohon memilih SKIM PPR DISEWA/SKIM PPR DIMILIKI/MYHOME.
  2. Pastikan pemohon membaca semua syarat-syarat yang diperlukan sebelum klik "pilih skim yang di inginkan".
  3. Pastikan pemohon mengisi semua maklumat yang diperlukan dan jangan ada yang terlepas.
  4. Maklumat yang perlu diisi seperti maklumat permohonan, maklumat pendapatan, maklumat pasangan, dan maklumat tanggungan.

CONTOH

DOKUMEN SOKONGAN

  1. Klik DOKUMEN SOKONGAN untuk menghantar semua maklumat yang di minta sebagai bukti.
  2. Pastikan semua dokumen yang di hantar adalah dokumen berbentuk PDF dan tidak lebih 3MB.

CONTOH


PENGESAHAN

  1. Dokumen sokongan telah dihantar, seterusnya pemohon boleh membuat pengesahan berkenaan maklumat diisi dan dihantar adalah benar.
  2. Selesai membuat pengesahan, semua pemohon tunggu langkah selanjutnya.

Semoga info ini bermanfaat kepada Warga yang berminat dengan Skim Perumah Rakyat ini. Sila share maklumat ini ke rakan-rakan dan keluarga terdekat.

Post a Comment

47 Comments

  1. Sa pun nak MCM mna nak klik permohonan tu

    ReplyDelete
  2. Saya nak memiliki rumah pertama

    ReplyDelete
  3. Saya terlalu ingin rumah pertama.sebab² tertentu sy Masih Di rumah keluarga status Masih menumpang..dengan keadaan sempit saya mahukan rumah untuk keluarga saya..Dan mempunyai seorang anak perempuan

    ReplyDelete
  4. Saya nk memohon rumah pertama

    ReplyDelete
  5. Kenapa semua beri feedback comments saya mahu rumah ppr... Usahalah jalan yang lebih bermanfaat dan memudahkan melalui permohonan secara terus atau online.. harus rujuk kepada pihak berkenaan.. kalau kita terus comments nak rumah nak rumah mcm mana kita dapat dibantu..

    ReplyDelete
  6. saya mahu memohon rumah ppr bhgia kuhcing

    ReplyDelete
  7. dari ank sorang smpai la ank 3 ta de rezeki na ade ruma .. menumpang ruma famili ta than kne halau je .. dbkl ta adil org laen bru mintak cpt je dpt .. hmm sdehhh

    ReplyDelete
  8. Saya nak mohon rumah ppr tp bila masok kan no ic saya telah digunakan harap dpt beri bantuan..

    ReplyDelete
  9. Semoga allah memberi segala kemudahan kepada saya untuk dapatkan rumah ppr ini,dan diminta allah buka kan hati mereka supaya memilih saya untuk dapatkan rumah yg mampu dimiliki untuk saya sekeluarga.

    ReplyDelete
  10. Sya mahu mohon rmh ppr,skrg msh menetap di rmh sewa

    ReplyDelete
  11. Sya Manu mohon, so mcm mane apply

    ReplyDelete
  12. Sydan isteri telah memohon ats nama isteri dh Lima tahun rmh x dpt yg kemaskini dh lbh spuluh kali kemaskini Dan surat rayuan tp x dpt2 jugak atau ada pilih kasih sy mtk pada pihak trtntu trlalu lama sy tggu skian trima ksh

    ReplyDelete
  13. Saya mau PPR tapi sampai hari ini saya masih mencari

    ReplyDelete
  14. Saya mahu rumah ppr lembah subang 2
    Mcm nk mohon?

    ReplyDelete
  15. Ic saya telah di gunakn utk permohon rumah ini.saya memohon kpd pihak bertanggungjawab agar dapat memberithau saya sapakah yy menggunakan nombor kad pengenalan saya

    ReplyDelete
  16. mohd isa yusof
    sya ingin mencari rumah

    ReplyDelete
  17. mohd isa yusof
    sya ingin mencari rumah

    ReplyDelete
  18. mohd isa yusof
    sya ingin mencari rumah

    ReplyDelete
  19. Macam mna nak isi dokumen pengesahan..da isi tp xdpt nak p pengesahan pasal xda masuk ctos dan kwsp..sdgkan bekerja sndiri xda semua tu..

    ReplyDelete