ISU SEMASA
GOLONGAN B40 : Cara Membuat Permohonan Telefon Pintar Percuma B40 Secara Online
Realitinya, tidak semua murid yang dapat belajar dari rumah di dalam tempoh penularan wabak Covid-19 ini kerana ada dikalangan mereka yang tidak mampu untuk memilki bahan pembelajaran online. Oleh itu, YTL Foundation ingin memberikan telefon percuma dengan SIM YES 4G 120GB (10GB/SEBULAN SELAMA 12 BULAN)
YTL Foundation
YTL Foundation telah bekerjasama dengan YES dan FrogAsia yang menyediakan data mudah alih dan bahan pembelajaran atas talian secara percuma yang disediakan khas untuk semua pelajar yang berdaftar di sekolah kerajaan di Malaysia. Bersama-sama, kita menjaga keselamatan anak-anak dan terus mendorong mereka dari segi pembelajaran!
Untuk memudahkan proses penyaluran telefon bimbit ini kepada pelajar yang layak, guru sekolah perlu mengambil peranan tentang hal ini. Ini memastikan tiada pelajar yang tercicir dan menyebabkan pelajar yang layak gagal mendapatkan bantuan telefon pintar percuma ini.
Sekiranya guru-guru mendapati mana-mana pelajar dari golongan keluarga B40 yang tidak mempunyai sebarang alat peranti dan tidak dapat menjalankan pembelajaran atas talian dari rumah. Sila senaraikan nama mereka untuk mendapatkan bantuan ini.
Sebelum mencalonkan murid, pastikan mereka adalah dalam golongan B40
1) Dapatkan kebenaran daripada pihak ibu bapa murid kumpulkan maklumat berikut :
- Nombor MyKid/MyKad murid
- Nombor MyKad Ibubapa
- Status B40 ibubapa daripada portal Bantuan Prihatin Nasional (BPN)
3) Untuk mengesahkan bahawa murid tergolong dalam keluarga B40, status penerimaan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) ibubapa haruslah tertera sebagai LULUS dengan jumlah bantuan bernilai RM1,600.
CARA MEMBUAT PERMOHONAN TELEFON BIMBIT PERCUMA B40
Permohonan boleh dibuat melalui guru sekolah sebagai wakil pelajar dengan seperti maklumat di bawah :
- Nama pelajar
- Nombor kad pengenalan pelajar
- Nombor kad pengenalan guru
- Nama dan nombor kad pengenalan ibu bapa
Sila klik borang permohonan di laman web di bawah :
Langkah 1# Namakan pelajar yang memerlukan bantuan
- Lengkapkan butiran peribadi anda, pelajar yang terpilih berserta ibubapa pelajar.
Langkah 2# Borang dilengkapkan oleh ibubapa
- Sekiranya diterima, ibubapa akan mendapat notifikasi e-mel untuk melengkapi proses permohonan termasuk memuat naik borang B40 mereka. Contohnya, surat Bantuan Sara Hidup (BSH).
Langkah 3# Penghantaran telefon bimbit percuma dengan data 120GB kepada pelajar yang dinamakan
- Sekiranya permohonan berjaya, guru dan ibubapa akan menerima e-mel berkenaan penghantaran
Untuk pencalonan pelajar yang berkelayakan untuk memohon telefon bimbit percuma dari YTL Foundation, sila klik pautan di bawah:
Pencalonan Pelajar: https://ytlfoundation.org/belajardarirumah/
Post a Comment
0 Comments