Panduan Permohonan Dan Syarat Kelayakan Kediaman PR1MA Secara Online 2020


PERMOHONAN KEDIAMAN PR1MA ONLINE 2020




APA ITU PR1MA?

Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) ditubuhkan di bawah Akta PR1MA 2012 untuk merancang, membangun, membina dan menawarkan perumahan berkualiti tinggi berkonsepkan gaya hidup moden bagi penduduk bandar berpendapatan sederhana.

Kediaman PR1MA yang terletak di dalam kawasan berkomuniti mempunyai pelbagai jenis dan saiz. Dengan harga antara RM100,000 hingga RM400,000, anda kini mampu memiliki kediaman di lokasi-lokasi yang strategik di seluruh negara. Kediaman PR1MA ditawarkan kepada semua rakyat Malaysia dengan pendapatan isi rumah purata bulanan antara RM2,500 hingga RM15,000.


PR1MA tidak meletakkan sebarang tarikh tutup pendaftaran. (Tertakhluk kepada pengunguman terkini PR1MA)

PERINGATAN : Pihak daripada PR1MA ingin menegaskan bahawa mereka tidak melantik mana-mana ejen atau pihak ketiga dalam menguruskan atau menawarkan perkhidmatan untuk mengisi borang atau dana khas untuk kediaman PR1MA.




SYARAT DAN KRITERIA ASAS PERMOHONAN RUMAH PR1MA

  • Anda mestilah Warganegara Malaysia
  • Bujang atau berkahwin serta berumur 21 tahun ke atas
  • Pendapatan isi rumah individu atau keluarga (suami & isteri) antara RM2,500 - RM15,000 sebulan
  • Kediaman PR1MA boleh dibeli sebagai kediaman pertama atau kedua sahaja

CARA MOHON RUMAH PR1MA SECARA ONLINE


1) Permohonan boleh dibuat di laman web rasmi PR1MA

2) Jika anda menepati syarat dan kriteria asas yang ditetap oleh PR1MA, Sila klik pautan berikut
Sila klik : Daftar akaun PR1MA.

3) Jika sudah mempunyai ID pengguna dan kata laluan, Sila log masuk melalui pautan berikut untuk melengkapkan serta memuat naik dokumen yang diperlukan.
Sila klik : Log in PR1MA.

4) Proses pengundian : Proses cabutan undi secara telus dan terbuka akan dijalankan untuk pemohon yang memenuhi syarat kelayakan.


5) Pemilihan unit : Anda akan dijemput untuk menghadiri sesi Pemilihan Unit dan anda boleh memilih unit pilihan anda bergantung kepada kekosongan.

6) Pembiayaan : Program Pemudah Cara Pemilikan Kediaman PR1MA merupakan skim yang menawarkan pakej pembiayaan untuk memiliki kediaman PR1MA dengan mudah.


7) Perjanjian jual beli : Perjanjian Jual Beli (SPA) akan ditandatangani antara Pemaju, iaitu PR1MA dan anda sebagai Pembeli kediaman tersebut.

8) Penyerahan pemilikan kosong : Setelah pembinaan rumah siap dan Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) diperolehi, rumah akan diserahkan secara rasmi sekaligus menjadikan anda pemilik kediaman PR1MA.








SENARAI NEGERI/WILAYAH KEDIAMAN PR1MA

Anda boleh melihat senarai Negeri/Wilayah kediaman PR1MA di sini

KEPUTUSAN PERMOHONAN RUMAH PR1MA
  1. Keputusan cabutan undi akan diumumkan di www.pr1ma.my.
  2. Pemohon yang berjaya akan dihubungi melalui surat rasmi dan e-mel untuk pemilihan unit kediaman anda.
  3. Setelah selesai proses pengesahan, pemohon yang berjaya akan dihubungi melalui surat rasmi dan e-mel untuk pemilihan unit kediaman anda.
BACA soalan LAZIM tentang kediaman PR1MA di sini : SOALAN LAZIM KEDIAMAN PR1MA.

Post a Comment

0 Comments