Sudah Dapatkan Decoder MYTV Secara Percuma? Jom Ikuti Langkah Membuat Semakan Decoder MYTV Percuma Secara Atas Talian


Tahukah anda? jika anda tergolong dalam penerima BSH atau BPN, anda layak untuk mendapatkan Set Dekoder MYTV secara percuma. Menarik kan?

Dengan menggunakan Decoder ini, anda akan mendapatkan siaran digital Freeview yang menyediakan siaran TV dan Radio yang terkenal tanpa dikenakan sebarang bayaran atau yuran bulanan.




DECODER MYTV 

MYTV adalah siaran tv digital percuma di Malaysia. Malaysia sedang menuju ke siaran digital sepenuhnya. Ini kerana siaran konvensional sekarang (analog-bintik2) akan ditamatkan perkhidmatan bagi menyediakan siaran dan gambar yang lebih baik sesuai dengan status negara yang semakin berkembang. Projek ini juga adalah salah satu diantara inisiatif kerajaan agar rakyat mendapat khidmat siaran TV dan Radio yang terbaik.




SEMAKAN SET DECODER PERCUMA MYFREEVIEW

Sebanyak 2 juta penerima BSH yang akan menerima Set Decoder yang bernilai RM300 Secara PERCUMA adalah tertumpu kepada mereka yang tinggal di kawasan yang sukar mendapatkan siaran analog.

Sekiranya anda LAYAK, Bagaimana pula proses tuntutan Decoder MYTV ini dilakukan? ramai yang keliru tentang proses tuntutan Decoder MYTV apabila sudah layak. Jangan risau, kami akan kongsikan cara untuk semakan dan tuntutan dekoder MYTV ini secara ringkas dengan panduan bergambar agar pihak MYTV akan menghantar set Decoder ini terus ke rumah anda.




ANTARA SENARAI SIARAN MYFREEVIEW

MYTV akan menawarkan siaran secara percuma, berikut adalah siaran yang disediakan MYTV : 

  1. TV1 (HD)
  2. TV2 (HD)
  3. TV Okey
  4. RTM Sports HD
  5. RTM Bes HD
  6. TV3 (HD)
  7. CJ Wow Shop (Melayu)
  8. CJ Wow Shop (Cina)
  9. NTV7
  10. 8TV
  11. TV9
  12. TV Al-Hijrah (HD)
  13. Bernama News Channel

SENARAI SIARAN RADIO

  1. Nasional FM
  2. Traxx FM
  3. Minnal FM
  4. Ai FM
  5. Klasik FM
  6. Asyik FM
BAGAIMANA UNTUK MEMBUAT SEMAKAN DAN TUNTUTAN?

Disebabkan jumlah pembahagian Decoder secara percuma ini melibatkan jumlah penerima BSH yang begitu besar, proses pembahagian dan penyediaan decoder juga terpaksa menghadapi sedikit kesulitan kerana pengeluaran decoder sebanyak berjuta-juta bukanlah perkara yang boleh dibuat dengan mudah dan cepat. Harap bersabar.

Ikuti langkah-langkah di bawah untuk membuat semakan kelayakan.

LANGKAH PERTAMA : 



Laman web rasmi semakan MYTV : https://status.mytvbroadcasting.my/








  • Klik link semakan MYTV berwarna biru di atas
  • Pilih Isi Rumah B40/OKU yang berdaftar dengan JKMM 


  • LANGKAH KEDUA :


    • Jika anda layak, anda akan mendapatkan jawapan sama seperti gambar di atas
    • Pergi ke langkah selanjutnya

    LANGKAH KETIGA :

    \
    • Lengkapkan semua maklumat yang diminta
    • Pastikan alamat, nombor telefon yang tepat dan boleh dihubungi
    LANGKAH KEEMPAT :



    • Sila tick kotak kecil menandakan anda menerima dan bersetuju 
    • Klik HANTAR
    Sila semak jika kawasan anda telah tersenarai untuk menerima rangkaian siaran MYTV di sini


    Post a Comment

    0 Comments