SEMAKAN ONLINE
9 Skim Perumahan Mampu Milik Di Malaysia Yang Boleh Anda Mohon
9 SKIM PERUMAHAN MAMPU MILIK YANG BOLEH ANDA MOHON
Semua orang mengimpikan rumah sendiri apatah lagi kepada yang sudah bekeluarga dan mempunyai anak. Ini akan menambahkan lagi semangat terutamanya kepada ketua keluarga untuk memilki kediaman sendiri agar dapat hidup dengan lebih aman dan bahagia.
Oleh itu, banyak skim-skim perumahan mampu milik yang dibuka di Malaysia sama ada keluarga yang bekerja dalam sektor kerajaan mahupun swasta.
Berikut kami kongsikan 9 Skim Perumahan Mampu Milik yang boleh anda mohon.
1. Rumah Mesra Rakyat (RMRPLUS) 2020
- Syarikat Perumahan Negeri Berhad (SPNB) telah memperkenalkan satu skim perumahan iaitu Rumah Mesra Rakyat Plus RMRPLUS bagi membantu golongan berpendapatan rendah (B40) yang tidak mempunyai rumah. Bagi anda yang berkelayakan , anda boleh memohon Rumah Mesra Rakyat Plus SPNB secara online di laman web rasmi SPNB.
2. Kediaman PR1MA
- Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) ditubuhkan di bawah Akta PR1MA 2012 untuk merancang, membangun, membina dan menawarkan perumahan berkualiti tinggi berkonsepkan gaya hidup moden bagi penduduk bandar berpendapatan sederhana. Kediaman PR1MA yang terletak di dalam kawasan berkomuniti mempunyai pelbagai jenis dan saiz. Dengan harga antara RM100,000 hingga RM400,000, anda kini mampu memiliki kediaman di lokasi-lokasi yang strategik di seluruh negara. Kediaman PR1MA ditawarkan kepada semua rakyat Malaysia dengan pendapatan isi rumah purata bulanan antara RM2,500 hingga RM15,000.
Baca selanjutnya : Kediaman PR1MA.
3. Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) 2020
- Jika gaji bersih anda sebanyak RM1,000 sebulan, anda mampu untuk membeli rumah sendiri di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan (SKJP). Menarik kan? Dan lebih menarik lagi, kepada pekerja yang berkerja sebagai nelayan, petani, operator kilang, peniaga kecil, pemandu teksi, dan pekerja am yang tiada penyata gaji bulanan. Anda juga masih berpeluang untuk memiliki rumah pertama yang berharga sehingga RM300,000
Baca selanjutnya : Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) 2020.
4. Skim Rumah Pertamaku (SRP) Bagi Pekerja Sektor Swasta
Skim Rumah Pertamaku merupakan inisiatif pemilikan rumah yang pertama kali diumumkan dalam Belanjawan 2011 oleh kerajaan Malaysia bagi membantu pembeli rumah pertama yang berpendapatan kasar bulanan isi rumah sehingga RM10,000 (tertakluk kepada RM5000 setiap pemohon) agar dapat memiliki rumah pertama mereka.
Baca selanjutnya : Skim Rumah Pertamaku (SRP) pekerja sektor swasta.
5. Skim Program Perumahan Rakyat (PPR)
- Program Perumahan Rakyat (PPR) adalah satu program kerajaan untuk penempatan semula setinggan dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah. Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan merupakan pusat agensi bagi program PPR di seluruh negara.Program Perumahan Rakyat (PPR) terdiri daripada 2 katogeri iaitu PPR disewa dan PPR dimiliki.
Baca selanjutnya : Skim Program Perumahan Rakyat (PPR).
6. Skim Perumahan Rumah Mesra Rakyat (SPNB) 2020
- Untuk makluman , Syarikat Perumahan Negeri Berhad (SPNB) telah memperkenalkan satu skim perumahan iaitu Rumah Mesra Rakyat Plus RMRPLUS bagi membantu golongan berpendapatan rendah (B40) yang tidak mempunyai rumah. Bagi anda yang berkelayakan , anda boleh memohon Rumah Mesra Rakyat Plus SPNB secara online di laman web rasmi SPNB.
Baca selanjutnya : Skim Perumahan Rumah Mesra Rakyat (SPNB) 2020.
7. Skim Perumahan Mampu Milik Swasta (MyHome) 2020
- Berita baik kepada anda yang bekerja dalam sektor swasta, Kerajaan ada memperuntukkan dana untuk pembelian rumah pertama melalui Skim Perumahan Mampu Milik Swasta atau lebih dikenali sebagai skim MyHome 2020.
Baca selanjutnya : Skim Perumahan Mampu Milik Swasta (MyHome).
8. Skim Perumahan Belia (SPB) 2020 BSN MyHome
- Bagi yang ingin membeli rumah berharga RM500,000 ke bawah, anda boleh memohon Skim Perumahan Belia (SPB) 2020 di bawah skim MyHome BSN. Dengan adanya skim ini, diharapkan warganegara Malaysia yang bujang dan sudah berkahwin mampu untuk membeli rumah pertama mereka dengan adanya kemudahan pembiayaan perumahan SPB BSN.
Baca selanjutnya : Skim Perumahan Belia (SPB) 2020 BSN MyHome.
9. Skim Perumahan Awam Kos Rendah DBKL
- Rumah kos rendah diwujudkan sebagai suatu pilihan lain atau alternatif buat golongan B40 dan golongan rakyat termiskin yang ingin memiliki rumah sendiri dalam keadaan ekonomi masa kini yang menekan.
Baca selanjutnya : Skim Perumahan Awam Kos Rendah DBKL.
Berikut merupakan 9 Skim Perumahan Mampu Milik yang boleh anda mohon mengikut kelayakan anda. Semoga maklumat ini bermanfaat buat kita semua dan kepada pemohon rumah akan mendapat rumah yang mereka inginkan.
Post a Comment
0 Comments